Rupa-rupanya Janna Nick pernah cuba bunvh diri – “Saya tak punya keluarga yang sempurna…”

SELEPAS beberapa minggu berehat daripada media sosial, pelakon Janna Nick tampil mended4hkan dia rupa-rupanya mengh1dap penyak1t bip0lar.

Menerusi perkongsian di Instagram, Janna atau nama sebenarnya, Nurul Jannah Muner, 26, berkata dia kini sedang menjalani raw4tan dengan mengambil ub4t atas nasihat doktor.

“Saya telah did1agnos secara klinikal menghidap penyak1t bipolar. (Sekarang) saya berehat daripada menggunakan media sosial untuk fokus pada diri sendiri.

“Sudah seminggu (dan masih berterusan) saya makan ubat antidepressant.

“Selama ini saya ingatkan fikiran saya berfungsi sama seperti orang lain… ingatkan semua orang ada lebih daripada tiga atau empat suara dalam kepala mereka,” katanya.

Bip0lar merupakan penyak1t kemurvngan man1k yang menyebabkan g4ngguan ment4l.

Janna berkongsikan tentang penyakitnya di Instagram.

Pelakon drama Marry Me Senorita ini juga menganggap suara-suara dalaman yang sering bermain di fikirannya adalah sesuatu yang normal sehinggalah dia mendapatkan raw4tan.

“Saya memang ingat ia adalah normal untuk suara dalaman itu… untuk sentiasa bercakap satu sama lain seperti sedang melakukan perbincangan kumpulan.

“Sehinggalah saya sedar (yang perkara itu tidak normal) selepas saya mula makan ubat.

“Saya tak tahu (penyak1t bip0lar ini datang) disebabkan faktor genetik atau disebabkan kehidupan masa silam saya,” ujarnya lagi.

Saya telah did1agnos secara klinikal mengh1dap penyak1t b1polar.

JANNA NICK

PELAKON

Kekasih kepada aktor Dini Azan Schatzmann, 27, ini juga membuat pendedahan mengejvtkan bahawa dia pernah membuat cubaan bunvh diri sebanyak dua kali diusia remaja.

“Seawal usia lapan tahun saya rasa nak m4ti. Kehidupan kanak-kanak saya tidak seperti rakan-rakan yang lain. Seingat saya, sep4k teraj4ng memang jadi ‘makanan’ buat saya.

“Saya pernah cuba untuk bunvh diri ketika usia 14 tahun dengan menelan beberapa biji panadol yang dicampurkan dengan ubat-ubat lain yang saya boleh dapati pada ketika itu.

“Saya tidak mempunyai sebuah keluarga yang sempurna… dulu duduk dekat sekolah berasrama, jauh.

Janna tak dapat kawal perasaan kerana tekanan kerja.

“Kali kedua saya cuba bunuh diri adalah setahun selepas itu… ketika tahun saya sedang menduduki PMR (Penilaian Menengah Rendah), saya kelar pergelangan tangan di hadapan adik saya sendiri,” luahnya.

Menerusi laporan mStar sebelum ini, Janna memuat naik sebuah video sedang menangis disebabkan tekanan yang dihadapinya.

Dalam video tersebut, pengacara Melodi itu berulang kali memberitahu dia penat memikirkan tentang kerja, namun terpaksa meneruskan demi mencari rezeki untuk keluarga.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : VideoViral

Be the first to comment on "Rupa-rupanya Janna Nick pernah cuba bunvh diri – “Saya tak punya keluarga yang sempurna…”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*