Dikatakan Guna Ilmu Kebal dan Ilmu Selisih Untuk Mer0mpak – Ini Kisah Mat Komando

Satu kisah jenayah yang pernah menggemparkan satu Malaysia sekitar tahun 2002 dahulu kerana penjenayah ini dipercayai mempunyai ilmu kebal dan juga ilmu selisih. Mat Komando, atau nama sebenarnya Ahmad Mohd Arshad yang berasal dari Kampung Selengkoh, Yan, Kedah, merupakan penj3nayah berani m4ti yang berjaya meloloskan diri beberapa kali daripada pihak p0lis. Tapi betul ke Mat Komando ni ada ilmu kebal dan ilmu selisih yang membuatkan dia sangat sukar ditvmpaskan ketika itu? Bagaimanapun, pihak p0lis telah memakan masa selama 255 hari untuk menvmpaskan Mat Komando ni, dan ini telah menunjukkan betapa susahnya nak menjejaki dia ni

Kehidupan Sebelum Menjadi Per0mpak

Sebenarnya Mat Komando ni menurut orang kampung dan juga keluarga yang mengenalinya, dia merupakan seorang lelaki yang baik dan sukar sekali untuk bertindak g4nas atau terlibat dengan keg4nasan. Pekerjaan pertamanya juga adalah dalam bidang pertahanan negara, iaitu dia pernah menjadi askar komando Malaysia selama 2 tahun sebelum berhenti tanpa alasan yang kukuh. Jadi dari sini jugalah dia mendapat gelaran ‘Mat Komando’ tu. Walaupun hanya berkhidmat selama dua tahun, dia dikatakan cukup terlatih dan berpengalaman luas dalam bidang ketenteraan. 

Selepas berhenti daripada perkhidmatan ketenteraan, Mat Komando pulang ke kampung dan buat kerja-kerja buruh untuk tampung kehidupannya dengan keluarganya. Dikatakan dia pernah bekerja sebagai pemandu lori, pemandu teksi, dan juga pemandu bas. Mungkin terdapat sedikit mas4lah keluarga dan t3kanan hidup, akhirnya Mat Komando membuat keputusan untuk menjerumuskan diri ke kancah j3nayah.

Menubuhkan Kumpulan 13

Langkah pertama Mat Komando sebelum memulakan aktiviti j3nayah adalah dengan menubuhkan Kumpulan 13. Kumpulan ini dikatakan telah melakukan lebih 40 r0mpakan bers3njata di seluruh negara sebelum ditvmpaskan. R0mpakan pertama Kumpulan 13 ini adalah di sebuah ladang kelapa sawit dimana seorang tauke kelapa sawit dipercayai menyimpan duit hasil ladang di situ. Memang agak bijak juga Mat Komando ni bila dia pilih easy target dulu untuk r0mpakan pertama.

Selepas itu, dikatakan lebih kurang 52 r0mpakan bersenj4ta Mat Komando dan kumpulannya berjaya lakukan di seluruh negara. Hasil r0mpakan mereka dikatakan mencecah 2.5 juta ringgit di antara tahun 2001 sehingga tertvmpasnya Mat Komando pada tahun 2002. Mat Komando juga dikatakan telah mer0mpak Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Pejabat Pos, dimana ketika itu tiada penj3nayah lain yang berani berbuat demikian.

Dipercayai Mengamalkan Ilmu Kebal Dan Ilmu Selisih

Mat Komando dikatakan pernah memberitahu ahli keluarganya serta rakan yang mengenalinya bahawa dia lebih rela m4ti daripada ditangkap oleh pihak p0lis. Semua ini adalah selepas isterinya, Faridah Mat Piah dan bapa mertuanya, Md Piah Che Nam membuat rayuan menerusi temu bual dengan akhbar agar dia menyerahkan diri kepada pihak berkuasa.

Memang betul-betul keras hati tak nak menyerah walaupun dipujuk oleh isteri sendiri. Pada tahun 2001, pihak p0lis telah melancarkan Operasi Api Sawit (Operation Palm Fire) dengan objektif menangkap Kumpulan 13 itu. Pada waktu itu, pihak media memainkan peranan penting dengan menyebarkan maklumat dan rupa sebenar kesemua ahli Kumpulan 13 ini. Memang boleh dikatakan agak pelik juga Kumpulan 13 ini sebab melakukan rompakan dengan tidak mengenakan sebarang topeng muka sehingga pihak media dapat tvlarkan wajah penj3nayah-penj3nayah ini ke seluruh Malaysia. 

Mat Komando dan konco-konconya dikatakan pernah sekali bercuti di sebuah resort ternama di Kedah. Semasa di situ, Mat Komando dikatakan hampir-hampir ditangkap. Identiti Mat Komando disedari oleh seorang receptionist di situ selepas dia menyerahkan kad pengenalannya untuk tujuan pendaftaran. Nasib baik jugalah receptionist tu jenis tengok berita, maka dia pun maklumkan keberadaan Mat Komando di resort tersebut kepada pihak p0lis. Tanpa membuang masa, pihak p0lis terus menyerbu resort tersebut dan berlakulah satu kejadian t3mbak men3mbak antara mereka. 

Hasilnya, beberapa ahli Kumpulan 13 berjaya dibvnuh dan ditangkap. Tetapi malangnya Mat Komando berjaya meloloskan diri bersama dengan orang kanannya, Shukri Husain. Selepas ins1den tersebut, pencarian selama 10 hari terpaksa dibatalkan selepas p0lis gagal mencari Mat Komando. Maka, Operasi Api Sawit dilanjutkan sehingga 255 hari. Ketika pihak p0lis melakukan buruan, Mat Komando dipercayai menggunakan beberapa taktik penyamaran untuk elak daripada dikesan termasuklah muncul berjanggut atau jambang ala Taliban, serta botak licin. 

Selepas operasi mengesannya diberhentikan, kelibat Mat Komando seakan-akan lenyap dari radar pihak p0lis. Lepas enam bulan kemudian, Mat Komando muncul semula di Gemas, Negeri Sembilan. Tapi itu pun dikatakan Mat Komando berjaya meloloskan diri sekali lagi. Dari sinilah munculnya cerita bahawa Mat Komando ni mempunyai ilmu kebal dan juga ilmu selisih untuk dia melarikan diri daripada pihak polis, termasuk gagal dikesan anjing pengesan polis. 

Tumpasnya Mat Komando Selepas 255 Hari

Pada 12 September 2002, bunyi dentuman berdas-das t3mbakan senj4ta api kedengaran di Felcra Kampung hujung Ketun di Kedah. Kejadian berlaku sekitar jam 6.30 pagi dimana kebanyakkan penduduk kampung baru bangun untuk menunaikan solat subuh, manakala pelajar sekolah sedang bersiap-siap untuk ke sekolah. Ada penduduk kampung yang menyangka bunyi t3mbakan tersebut adalah bunyi t3mbakan senapang orang kampung men3mbak musang yang mencvri ayam ternakan.

Image via: Facebook

 

Penduduk tidak menyangka bahawa ia merupakan bunyi t3mbakan daripada satu operasi besar dan penting bagi pihak p0lis, iaitu Operasi Api Sawit 2. Hal ini kerana mereka mendapat khabar angin yang mengatakan bahawa Mat Komando telah berjaya menyusup keluar daripada negara ini ketika itu. Serbuan 10 anggota p0lis pada pagi itu sekali gus menandakan kejayaan menumpaskan ketua kumpulan penj3nayah paling dikehendaki ketika itu.

Sebanyak sembilan anggota Kumpulan 13 ditangkap, manakala empat termasuk ketuanya, Mat Komando, m4ti ketika berbalas tembakan dengan polis. Ada cerita yang mengatakan kekebalan Mat Komando terlucut ketika itu kerana telah melanggar pantang larang ilmunya, iaitu kedua-dua kakinya tidak berpijak di atas tanah. Tapi itu mungkin hanya kisah-kisah sensasi sahaja. 

Masih Sempat Berbakti Terhadap Keluarganya

Seperti yang dikatakan tadi, Mat Komando memang tidak dipercayai oleh rakan-rakannya serta keluarganya bahawa dia terlibat dengan j3nayah g4nas kerana dia jarang bercakap atau menunjukkan reaksi keras. Satu sifat Mat Komando yang dipuji oleh mereka adalah dia sering membantu orang lain dan kerap membawa balik buah tangan untuk saudara-maranya walaupun nilainya hanyalah sedikit. 

Mat Komando juga dikatakan ada menggunakan wang hasil r0mpakannya untuk menambah ruang rumahnya dan membeli motosikal. Dia juga sempat menyiapkan rumah baharu untuk kediaman isterinya dan anak tunggalnya berusia 10 tahun yang dikatakan c4cat pendengaran. Menurut saudaranya lagi, Mat Komando tidak menayangkan kemewahannya serta kerap melawat saudara-maranya setiap kali balik ke kampung atau menziarahi keluarganya yang s4kit. Walaupun niat Mat Komando hanya untuk memberi yang terbaik buat keluarganya, caranya tetap s4lah dan ia turut diakui sendiri oleh isterinya.

 

Sumber daripada: YouTube, Soscili & Sharejom

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Kool FM

Be the first to comment on "Dikatakan Guna Ilmu Kebal dan Ilmu Selisih Untuk Mer0mpak – Ini Kisah Mat Komando"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*