“I’ve Got A New Rocking Partner” – Leez Rosli Selamat L4hirkan Bayi Lelaki, Aepul Roza Kongsi Gambar Bayi

Siapa tak kenal dengan Aepul Roza yang popular bernama kumpulan rock tanah air, Drama Band. Suaranya yang lunak sering menjadi tarikan untuk para peminat muzik mendengar lagu-lagunya. Umum juga sedia tahu bahawa Aepul selamat mendirikan rumah tangga bersama seorang penyanyi  juga, iaitu Rosliza Rosli, atau lebih dikenali dengan nama Leez Rosli.

Terbaharu, mereka baru sahaja menyambut kehadiran cahaya mata kedua. Leez selamat mel4hirkan bayi lelaki mereka awal pagi tadi. Menerusi perkongsian gambar di akaun Instagram Aepul, difahamkan bayi mereka itu dil4hirkan di Hospital Islam AzZahara, Bangi, Selangor. 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Aepul Roza (@aepul.roza)

Aepul, atau nama sebenarnya, Noor Syaiful Mohd Zalaludin, kelihatan gembira menyambut bayi lelakinya itu, dan mereka kini dikurniakan sepasang cahaya mata. Dalam kapsyen perkongsiannya di Instagram, Aepul turut menitipkan rasa syukur kerana isterinya selamat melahirkan anak mereka. 

“Assalamualaikum. Selamat datang ke dunia, baby boy. Sekarang saya dah ada kawan sama-sama main muzik rock,” tulisnya menyambut kedatangan puteranya.

Sementara itu, Aepul turut meletakkan tanda pagar #NSA seolah-olah memberi bayangan nama yang bakal diletakkan pada bayinya itu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Aepul Roza (@aepul.roza)

Wargamaya yang lain turut menitipkan ucapan tahniah buat pasangan tersebut. Kami di sini juga turut mengucapkan tahniah buat Aepul dan Leez. Semoga baby boy membesar dengan sihat.

Aepul dan Leez selamat mendirikan rumah tangga pada 27 Disember 2014 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Safiyya Alisha yang kini berusia 5 tahun.

Sumber daripada: Instagram

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : koolfm

Be the first to comment on "“I’ve Got A New Rocking Partner” – Leez Rosli Selamat L4hirkan Bayi Lelaki, Aepul Roza Kongsi Gambar Bayi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*