“Dibenarkan Balik Kampung Hingga 6 Mei Depan” Aeril Zafrel Bikin Peminat Susp3nse

                         “Hahahahahahaa baca headline tadi, terus nak packing baju je rasa 😂”

Siapa tidak kenal dengan nama jolokan pelakon ini sebagai president TikTok Malaysia!

Sudah menjadi kebiasaan buat pelakon, Aeril Zafrel untuk memuat naik content berbentuk ‘gurauan’ namun, kali ini tindakan untuk berkongsi berkenaan kenyataan yang membenarkan untuk pulang ke kampung, sekali lagi mencuri perhatian warganet apabila ramai yang berasa diri mereka hampir ‘tert1pu’ jika tidak meneliti kenyataan tersebut sehingga habis.

caption:

“Alhamdulillah.. boleh balik kampung..
Boleh dah share news ni ngn kawan2 indo korang..”

Bagi warganet yang sudah lama mengikuti Aeril Zafrel di laman sosial akaun milik pelakon ini, sudah pasti mengetahui jenis cara rentak pelakon ini bergurau bersama peminatnya namun, terdapat juga yang merasakan content sebegini agak sedikit keterlaluan kerana boleh mendatangkan kekeliruan maklumat.

Walau bagaimanapun, menerusi caption Aeril Zafrel, beliau sememangnya sudah memberi hint serta jelas menerangkan bahawa mesej ini harus dikongsi bersama teman di Indonesia, bukan di Malaysia.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat meluahkan rasa terkejut dan memahami bahawa ia hanyalah olahan untuk dijadikan jenaka, namun ada yang turut meluahkan rasa kec3wa kerana menganggap hal ini tidak boleh dijadikan bahan gurauan.

“abistu org yg tengah buat kelakar tak rasa apa yang orang lain rasa ke macam mana? Bukan ke semua pun skrg memang rasa benda yg sama sebab hampir semua rakyat yang tak dapat balik jenguk and jumpa mak ayah. Tapi takkan sebab tu terus takle terima org bergurau dah? Kita masing2 pun ada cara masing2 utk release stress, and salah satu nya bergurau. Ramai je yg gelak2 kat bawah ni bukan bermakna dorg tak rasa mcm apa yg awak rasa tapi sebab dorg tahu benda tu bergurau”

Mengetahui bahawa sebarang kenyataan rasmi berkaitan pengumuman pulang ke kampung dan sebagainya haruslah dikeluarkan daripada pihak yang berkuasa, malah sebarang kenyataan palsu pasti akan diambil tindakan.

Hal yang sedemikian, warganet disarankan untuk tidak membuat sebarang sp3kulasi sebelum membaca dan meneliti sehingga habis apa jua kenyataan yang diterima kerana kadang-kala, terdapat kesalahan dari pihak kita sendiri kerana mungkin terlalu cepat menilai sesuatu perkara walaupun belum tahu hujung pangkal ceritanya.

Amboi! Nakal lah Aeril Zafrel ni, lepas ni jangan kongsi berita negara jiran lagi ya!

Ditulis Oleh: Puteri Haideera Zuraidi

Sumber: Instagram Aeril Zafrel

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : hotfm

Be the first to comment on "“Dibenarkan Balik Kampung Hingga 6 Mei Depan” Aeril Zafrel Bikin Peminat Susp3nse"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*