Kema]4in Mesra Pelvk Dari Belakang, Ada Apa-apa Ke BCL Dengan Ariel NOAH?

Hubungan penyanyi popular Ariel NOAH dan Bunga Citra Lestari (BCL) dikhabarkan semakin rapat.

Kedua-duanya dig0sipkan menjalinkan hubungan istimewa, malah sekeping foto memperlihatkan BCL memeluk Ariel dari belakang mendapat perhatian netizen.

Seperti dipetik Liputan6, kedua-dua selebriti ini kelihatan mesra dan BCL dilihat begitu selesa bersandar di bahu vokalis kumpulan NOAH itu.

Kredit foto: r_cutha2

Keakraban hubungan mereka sering diperkatakan sejak kebelakangan ini, kedua-dua artis ini juga sering terlibat dalam projek yang sama.

Malah, foto yang tersebar itu juga dikatakan salah satu adegan video muzik Mencari Cinta.

Foto yang dimuat naik sebuah akaun Instagram @r_cutha2 itu menerima pelbagai reaksi netizen.

Kredit foto: IG r_cutha2

Kredit foto: Ariel dan BCL kolaborasi buat kali kedua.

Rata-rata peminat mereka sudah tidak sabar menanti kolaborasi terbaharu kedua pasangan itu.

BCL berkahwin dengan Ashraf Sinclair 8 November 2008 dan dikurniakan seorang anak lelaki Noah Aidan Sinclair yang kini berusia 11 tahun.

Ashraf meninggal dunia di kediaman mereka pada 18 Februari 2020.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : mStar

Be the first to comment on "Kema]4in Mesra Pelvk Dari Belakang, Ada Apa-apa Ke BCL Dengan Ariel NOAH?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*