[TERKINI] KKM Cadang Rentas Negeri Untuk Balik Raya Ditangguh – Adham Baba

 

Sebentar tadi, Datuk Seri Dr Adham Baba memaklumkan bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini telah mencadangkan agar rentas negeri untuk menyambut hari raya Aidilfitri pada bulan depan ditangguhkan.

Ini ekoran kerana terdapat varian baharu dalam komuniti dan program imunisasi yang masih dijalankan.

Banyak pihak merayu kerajaan untuk membenarkan rentas negeri untuk perayaan Hari Raya Aidilfitri.

“KKM mencadangkan rentas negeri ditangguhkan.”

                                         

Manakala bila ditanya sama ada individu yang telah menerima kedua-dua dos svntikan v4ksin akan dibenarkan merentas negeri atau tak, Dr Adham berkata pihaknya masih menunggu keputusan dari Pertubuah Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pusat Kawalan Penceg4rah P3nyakit Amerika Syarikat (CDC), lapor Awani.

Kami masih menunggu lagi beberapa dapatan daripada WHO dan CDC untuk menjelaskan kepada kami sama ada perkara tersebut boleh dibenarkan untuk dikecualikan daripada aktiviti rentas negeri.

“Bagimanapun, bagi mereka yang bertugas sebagai petugas barisan hadapan, aktiviti merentas negeri dibenarkan kerana ia merupakan satu keperluan untuk mereka bertugas.”

                         

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Lobak Merah

Be the first to comment on "[TERKINI] KKM Cadang Rentas Negeri Untuk Balik Raya Ditangguh – Adham Baba"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*