Menajdi Selebriti Pertama Mendapat Suntikan V@ksin, Ini Sebab Kenapa Datuk A.Aida Dpt Keistimewaan tersebut

Siapa sangka, penerbit popular Datuk A Aida menjadi artis tempatan pertama di Malaysia apabila selesai menerima suntikan vaksin Pfizer-BioNTech menerusi proses vaksinasi di Dewan Sri Seroja, Putrajaya hari ini.

Menurut laporan Harian Metro, pemilik nama Zaidah Awang itu disuntik berikutan keanggotaannya dalam pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang berpangkat Kolonel Bersekutu.

Penerbit berusia 51 tahun itu berkata, dia tidak takut untuk disuntik selepas mendapat tahu namanya ada dalam senarai bagi menerima vaksin Covid-19.

“Apabila nama tersenarai untuk mendapat suntikan vaksin hari ini, saya okay dan tidak ada apa perlu ditakutkan. Bagi saya, takut itu subjektif dan setiap orang berbeza pandangan.

“Malah kalau ada fikir apabila kena vaksin nanti akan mati, apa boleh dicakap adalah mati itu memang pasti dan bila-bila saja.

“Tak perlu suntik pun kalau sudah ajal akan mati juga. Cumanya, apabila kita mengambil suntikan vaksin sekurang-kurangnya dapat meningkatkan imunisasi badan kita,” katanya.

Datuk A Aida selepas menerima suntikan vaksin Pfizer-BioNTech. FOTO Ihsan Datuk A Aida

Cumanya, apabila kita mengambil suntikan vaksin sekurang-kurangnya dapat meningkatkan imunisasi badan kita,” katanya kepada Harian Metro.

Sebelum ini, pelakon dan anggota kumpulan Elite, Sasha Saidin bersama suaminya Sirhan Wahab menerima suntikan vaksin Covid-19 buat kali kedua di Emirates Field Hospital, Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE), pada Januari lalu.

Sasha mereka menerima suntikan vaksin Sinopharm yang kedua itu selepas 21 hari mengambil suntikan pertama.

Sumber : HMETRO ONLINE

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber  :  http://trendingsangat.pw/

Be the first to comment on "Menajdi Selebriti Pertama Mendapat Suntikan V@ksin, Ini Sebab Kenapa Datuk A.Aida Dpt Keistimewaan tersebut"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*