Izara Aishah b!ngung ramai ‘Instafamous’ dah jadi pelakon – “Stesen TV semakin tiada bajet sebab C0vid-19 ke?”

KEMUNCULAN ‘Instafamous’ atau dikenali juga sebagai ‘influencer’ di laman sosial dalam drama atau filem tempatan berjaya menarik perh4tian stesen TV.

Kehadiran mereka sebagai pelakon membuatkan aktres terkenal iaitu Izara Aishah, 29, mempers0alkan tindakan stesen TV yang lebih memilih kumpulan itu disebabkan bayaran yang lebih murah.

“Instagram famous banyak jadi pelakon. TV semakin tiada bajet sebabkan C0vid-19 ke?” tulis Izara menerusi laman Twitter miliknya pada Rabu.

Status yang dimuat naik pelakon drama bersiri Ombak Rindu The Series itu mendapat hampir 3,000 tanda suka (likes) dan 2,000 ulang kicau di laman Twitter.

Dalam pada itu, beberapa netizen turut menyuarakan pendapat mereka mengenai perkara tersebut dan menganggap produksi tidak mampu untuk membayar pelakon yang sudah mempunyai nama dalam industri.

Selain itu, terdapat netizen yang memberi pandangan bahawa stesen TV mengupah Instafamous disebabkan mereka mempunyai pengikut yang ramai di laman sosial sekali gus menarik perhatian untuk pihak pengiklanan.

“Sebab nak bayar pelakon yang dah ada nama mahal sangat dan tak semua produksi mampu dan kalau boleh lagi la nak cut cost. Jadi satu cara adalah upah Instafamous. Kayu pun, kayu la janji duit masyuk. Sebab itu la drama dan filem malaysia susah nak maju.

“Mereka upah Instafamous mungkin sebab pengikut di laman sosial lebih 500,000. Jadi, mereka fikir mungkin pengikut itu akan menonton. Lakonan yang lem4h? Asalkan dapat perhatian. Lontaran dialog tak jadi? Asalkan dapat perh4tian. Penghayatan yang kur4ng? Asalkan dapat perhatian.

“Lebih ramai pengikut di laman sosial, lebih banyak jumlah tontonan dapat tarik banyak iklan dan stesen TV dapat duit daripada iklan dan tajaan. #Business,” komen beberapa pengikut.

Untuk rekod, antara drama terakhir lakonan Izara adalah Jodoh-Jodoh Annisa, Cinta Yang Ku Rasa dan Ombak Rindu The Series yang ditayangkan sekitar 2019.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : mstar

Be the first to comment on "Izara Aishah b!ngung ramai ‘Instafamous’ dah jadi pelakon – “Stesen TV semakin tiada bajet sebab C0vid-19 ke?”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*