AJL Dah Lepas, Apa Cerita Majlis Kahwin Ernie Zakri & Syamel?

Pasangan selebriti Ernie Zakri, 29, dan Syamel, 28, membuat keputusan ingin menyelesaikan beberapa urusan dahulu sebelum berkongsi tarikh perkahwinan. 

Menurut Ernie atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri berkata dia dan Syamel tidak berniat untuk merahsiakan tentang hari bahagia mereka.

“Tarikh atau bulan itu saya akan kongsikan tidak lama lagi dengan Syamel sebab kami buat keputusan untuk selesaikan beberapa perkara dahulu.

“Jangan ris4u, kami tak akan merahsiakan, insya-Allah,” katanya ketika dihubungi Gempak.

Sebelum ini, Ernie dan Syamel terpaksa menangguhkan kerana majlis keraian tidak dibenarkan sepanjang tempoh penguatvuasaan Perint4h Kaw4lan Pergerakan (PKP).

Dalam pada itu, pelantun lagu Gundah menyatakan persiapan untuk perkahwinan sudah hampir siap.

Walaubagaimanapun, pelakon drama Suri Katriana ini masih perlu menyelesaikan tuntutan kerja yang tertund4 gar4-g4ra PKP.

“Persiapan itu saya serahkan kepada perancang perkahwinan kami. Dalam 60 peratus boleh dikatakan dah siap.

“Masih banyak sebenarnya tuntutan kerja sebab kita ters4ngkut dengan PKP. Selepas PKP, semua tarikh dah ditolak ke depan jadi kami harus selesaikan,” katanya lagi.

Terdahulu, Ernie dan pemilik nama Syameel Aqmal Mohd Fodzly mengikat tali pertunangan pada 16 Ogos 2020 dalam satu majlis sederh4na. 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Gempak

Be the first to comment on "AJL Dah Lepas, Apa Cerita Majlis Kahwin Ernie Zakri & Syamel?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*