“Nampak Babyy Bump”- Siti Sarah Hamil Anak Keempat?

Penyanyi Siti Sarah Raisuddin menarik perhatian peminat menerusi hantaran terbaharu di laman Instagram nya apabila dia dikatakan sedang hamil.

Kelihatan ‘Babyy Bump’

Dalam hantaran IGTV yang dimuatnaik tersebut, Sarah dan suaminya yang juga pelakon dan pelawak, Shuib Sepahtu bersama anak-anak mereka baru tiba di salah sebuah cawangan Bubblebee bagi merasai perisa terbaharu minuman boba keluaran kafe itu. Sarah yang anggun memakai busana berwarna merah jambu turut memperlihatkan dirinya seolah-olah memiliki ‘baby bump’ sekaligus membuatkan peminat mengandaikan dia kini sedang ham1il.

Link Video : Insta Siti Sarah

Peminat Banjiri Ruangan Komen 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat membanjiri dengan pelbagai pertanyaan kepada pelantun Terakhir Buat Teman itu untuk mengesahkan dirinya kini sedang hamil dan dalam masa yang sama turut mengucapkan tahniah buat mereka sekeluarga. Dalam pada itu, pihak Murai.my turut menantikan pengesahan daripada sumber terdekat pasangan selebriti ini mengenai status terkini Sarah.

Disember yang lalu, Sarah menafikan bahawa dirinya sedang ham1il setelah perubahan berat badannya menimbulkan spekulasi dalam kalangan peminat.Jelas Sarah, ia berpunca daripada kesan perubahan hrmon serta pengambilan ub4t-ub4tan sejak beberapa tahun lalu.

Terdahulu Hanya dengan sekali lafaz, penyanyi Sarah Raisuddin, 27, kini sah bergelar isteri kepada salah seorang ahli kumpulan Sepah, Shahmira Muhahamad (Shuib), pada majlis pernikahan mereka yang diadakan di Jeumpa D’Ramo, Bangsar, di sini, Sabtu.

Pasangan ini telah dinikahkan pada pukul 5.45 petang oleh Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Wilayah Persekutuan, Ustaz Mohd Nizar Mohd Nadzir, yang juga merupakan Pembantu Hal Ehwal Islam di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar.Pada majlis yang serba ringkas itu, Sarah kelihatan anggun dengan busana rekaan Hatta Dolmat berwarna salmon peach menerima mas kahwin sebanyak RM1,000 serta lima dulang hantaran daripada pihak lelaki dengan berbalas tujuh dulang.

Bagaimanapun, jumlah wang hantaran dirahsiakan atas persetujuan kedua-dua belah pihak.

Momen bersejarah pasangan mempelai itu disaksikan oleh kira-kira 200 orang tetamu termasuklah ahli keluarga kedua-dua belah pihak serta kenalan rapat mereka.

Ditemui selepas majlis berakhir, Sarah yang kelihatan gembira sebaik selesai akad nikah itu melahirkan rasa syukur kerana hubungan cinta mereka yang terjalin selama enam bulan itu berakhir dengan sebuah ikatan perkahwinan.

“Alhamdulillah, segala perancangan berjalan dengan lancar. Sepanjang saya mengenali Shuib, dia seorang yang jujur dan telus.

“Kami seperti mempunyai satu hala tuju yang sama,” tutur Sarah.

Sementara itu, Shuib juga turut memanjatkan kesyukuran apabila majlis bersejarah mereka itu berjalan dengan lancar dan kini sah bergelar suami kepada Sarah.

“Saya harap hubungan ini berkekalan hingga akhir hayat. Sarah merupakan wanita pertama yang membuka hati saya untuk lebih serius dalam hubungan.

“Dia seorang yang sangat istimewa dan bukan mudah untuk saya dapatkannya. Pernah sekali saya sanggup berhentikan kereta di tepi lebuh raya semata-mata untuk memberitahu saya cintakan dia.

“Kalau nak tahu dia memang susah nak sebut perkataan sayang atau I Luv U. Sepanjang setahun tiga bulan perkenalan, hampir setahun saya terpaksa menunggu untuk dengar perkataan sayang daripada mulutnya,” tutur Shuib sambil mengukir senyuman.

Bercerita tentang percutian bulan madu, Sarah dan Shuib ingin bercuti ke negara Ireland, tetapi masih belum tahu tarikh sesuai untuk ke nagara tersebut.

Beralih kepada soal anak, Sarah tidak menolak untuk mempunyai anak pada bila-bila masa memandangkan suaminya juga sangat menyukai kanak-kanak.

Sementara itu, bagi majlis resepsi pula, pasangan itu masih lagi mencari tarikh sesuai untuk meraikan hari bahagia mereka.

Sumber : Murai/Mstar

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

 

Be the first to comment on "“Nampak Babyy Bump”- Siti Sarah Hamil Anak Keempat?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*