“Rasa Macam Sia-Sia Solat Tapi…” Aishah Azman

Selepas pelakon berwajah manis, Hannah Delisha mengambil keputusan untuk berhijab pada September tahun lalu, kini rakan industri seni hiburan pula mengikuti jejak langkahnya, iaitu pelakon Aishah Azman.

Berita gembira dan mengejutkan itu diumumkan oleh beliau sendiri pada akhir bulan Februari 2021, menerusi laman media sosial miliknya.

Sudah lama menyimpan hasrat untuk berhijrah, akhirnya impian pelakon itu tercapai dan beliau meluahkan rasa syukur kerana sudah mengenakan hijab sepenuhnya.

“Semoga penghijrahan ini mendapat keberkatan. Doa yang baik baik 🤍” tulis Aisha

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by 𓆤𝔸𝕀𝕊ℍ𝔸ℍ 𝔸ℤ𝕄𝔸ℕ𓆤 (@aishahazman8)

Menurut Aishah, keputusan untuk berhijab bukanlah sesuatu perkara yang mudah untuk dilakukan, malah dia mengorbankan banyak perkara untuk mendekatkan diri dengan Allah dan sangat bersyukur kerana keluarga memberikan sokongan penuh terhadap perubahan imejnya itu.

“Niat nak bertudung ni sebenarnya dah terdetik lama dan setiap kali atas sejadah, mesti rasa macam sesuatu yang tak lengkap dalam hidup saya. Rasa seperti satu perasaan sia-sia saja solat lima waktu tapi tak tutup aurat. Dan saya pegang dengan kata-kata ini, kalau kita nak dekat dengan Allah, kita perlu korb4nkan banyak benda.”

Menceritakan lanjut mengenai sebab ataupun keputusan yang diambil, Aishah memberitahu bahawa dia merasakan seperti ada yang tidak lengkap dengan dirinya setiap kali menunaikan solat lima waktu.

“Niat nak bertudung ni sebenarnya dah terdetik lama dan setiap kali atas sejadah, mesti rasa macam sesuatu yang tak lengkap dalam hidup saya. Rasa seperti satu perasaan sia-sia saja solat lima waktu tapi tak tutup aurat. Dan saya pegang dengan kata-kata ini, kalau kita nak dekat dengan Allah, kita perlu korb4nkan banyak benda.”

Nekad dengan keputusan yang dibuat, Aishah juga telah memadam semua gambar free hair yang menampakkan rambutnya di Instagram.

“Selepas mengambil keputusan untuk bertudung, saya pun nekad padam semua gambar-gambar saya yang tidak menutup
aurat di laman sosial. Hanya tinggal beberapa sahaja gambar saya memakai hijab.”

Dalam pada itu, pelakon itu mendedahkan bahawa dia akan memilih tawaran berlakon yang lebih ideal dengan imej terbarunya itu selain meminta orang ramai mendoakan yang baik-baik buat dirinya.

Alhamdulilah, kami di Hot FM mendoakan agar Aishah sentiasa istiqomah dan mendapat keredhaan Allah SWT.

 

Sumber : mStar Online & Instagram Aishah Azman

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber :https://www.hotfm.com.my/hotinspirasi-rasa-macam-sia-sia-solat-tapi-ini-sebab-mengapa-aishah-azman-memilih-untuk-berhijab/

Be the first to comment on "“Rasa Macam Sia-Sia Solat Tapi…” Aishah Azman"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*