“Takkan Saya Tak Dak Akai” – Mila Jirin Jawab Tuduhan Makan Tangan Kiri, Peminat Back Up: “Itukan Teknik…”

Penyanyi Mila Jirin membalas komen negatif seorang individu yang menuduhnya menyuap makanan dengan menggunakan tangan kiri.
Menerusi tangkap layar yang dimuat naik di akaun Instagramnya, Mila memberitahu tuduhan yang dilemparkan oleh individu itu tidak berasas.

“Takkanlah saya nak hilang akai nak guna tangan kiri. Camera kan mirror imej. Cuba tuan makan ambil video lepas tu tengok tangan kiri ke kanan?” balasnya.

Dalam pada itu menerusi ruangan komen juga rata-rata pengikutnya bersetuju dengan Mila.
Selain itu mereka juga menasihatkan individu berkenaan supaya tidak memberikan sebarang komen sekiranya tiada perkara baik untuk ditulis.

Sebelum ini Mila juga pernah menerima komen yang memperlekehkan dirinya kerana berniaga Nasi Arab.
Namun Mila membalas respon individu itu dengan cara yang sopan.

Sumber : GEMPAK

Be the first to comment on "“Takkan Saya Tak Dak Akai” – Mila Jirin Jawab Tuduhan Makan Tangan Kiri, Peminat Back Up: “Itukan Teknik…”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*