[GAMBAR] Alicia Amin Selamat Bernikah Dengan Doktor

Pelakon dan model, Alicia Amin, 26, semalam mencuri perhatian warganet apabila mengumumkan dirinya kini telah selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihannya yang juga seorang doktor,Farzan Iqbal, 27.

Pakai Busana Rekaan Alia Bastamam

Menerusi laman Instagram dan Twitter, Alicia atau nama sebenarnya Raja Alicia Raja Amin kelihatan begitu cantik dalam busana rona putih. Difahamkan busana tersebut merupakan rekaan pereka fesyen terkenal, Alia Bastamam serta turut mendapat sentuhan tata rias daripada Khir Khalid.

Memetik laporan Harian Metro,Alicia telah sah bergelar isteri dengan sekali lafaz selepas dinikahkan oleh bapanya Raja Amin Raja Mokthar selaku wali. Majlis yang berlangsung mengikut prosedur operasi standard (SOP) itu juga hanya dihadiri enam orang sahaja. Manakala, wang hantaran dan mas kahwin dirahsiakan.

Biarpun ramai yang terkejut apabila model terkenal itu secara tiba-tiba berkongsi mengenai pernikahannya, namun rata-rata daripada mereka meluahkan rasa gembira serta mendoakan agar rumahtangga yang dibina oleh Alicia dan suami berkekalan sehingga ke akhir hayat.

 

 

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Trenster Network

Sumber : Murai.my

Be the first to comment on "[GAMBAR] Alicia Amin Selamat Bernikah Dengan Doktor"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*