Sangat Mengagumkan, Pelajar Ini Dapat Markah Cemerlang Add Math Percubaan SPM.

 

 

Hasratnya sekadar berkongsi dan menylmpan kenangan bermakna, Muhammad Izwan Azwar, 18, tldak menyangka ciapan keputusan markah 100 peratus untuk subjek Matematik serta 97 peratus bagi Matematik Tambahan yang dikongsikan di Twitter baru-baru ini tuIar.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Temb4k, Kuala Lumpur itu berkata, keputusan bagi peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berkenaan diperolehinya selepas dua minggu sesi persekolahan bermula.

“Secara jujurnya saya tldak menyangka bahawa ciapan itu akan tular kerana perkongsian keputusan itu sekadar untuk menylmpan kenangan di Twitter dan dapat menyebarkan kesedaran tentang kepentingan pembelajaran.

“Saya dan ahli keluarga amat terkejvt selepas pulang dari sekolah di mana ciapan tersebut telah memperoleh 3,000 ulang kicau dan 15,000 tanda suka dalam tempoh 24 jam ia dimuat naik. Setakat ini ciapan tersebut telah mencecah 8,000 ulang kicau dan lebih 31,000 tanda suka di Twitter,” katanya ketika dihubungi GPS Bestari.

Ditanya mengenai tip memperoleh markah penuh khususnya bagi subjek Matematik Tambahan, Izwan menjelaskan ia memerIukan latihan dan fokus jelas ketika sesi pembelajaran guru di sekolah, di samping turut mengikuti kelas tuisyen luar.

Tambah beliau, pada mulanya memang svkar untuk ku4sai Matematik Tambahan berikutan kvrang membuat latihan, selain mengakui terdapat segelintir pelajar yang berfikiran subjek tersebut svsah walhal belum mencuba terlebih dahulu.

“Saya pernah gagaI uj1an pertama Matematik Tambahan ketika di Tingkatan Empat, jadi saya ambil keputusan untuk belajar di sebuah pusat tuisyen dan berjumpa dengan guru Matematik yang dikenali sebagai Sir Ven. Dari situ saya bertambah minat untuk belajar kedua-dua subjek ini kerana cara beliau mengajar amat menghiburkan dengan lawak jenakanya selain formula yang sangat ringkas serta p4dat.

“Kebiasaannya, selepas menyiapkan kerja sekolah saya akan luangkan masa empat jam membuat latihan Matematik Tambahan dan paling penting saya akan belajar sesuatu topik terlebih dahulu di YouTube supaya apabila cikgu mengajar saya t1dak terkejvt serta lebih mudah untuk faham,” katanya.

Tambah Muhammad Izwan lagi, ramai pengguna Twitter yang memberi maklum balas positif terhadap perkongsiannya termasuk memberikan kata-kata semangat untuk beliau terus berjaya dalam peperiksaan SPM nanti.

Pun begitu, anak muda yang bersemangat tinggi dan memiliki aura positif itu turut berdoa agar dapat menjawab semua kertas peperiksaan SPM dengan tenang dan sempurna, sekali gus melakar kecemerlangan membanggakan.

 

Sumber: gpsbestari

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Trenster Network

Sumber : https://dbongkar.com/2021/02/08/pelajar-cemerlang/

Be the first to comment on "Sangat Mengagumkan, Pelajar Ini Dapat Markah Cemerlang Add Math Percubaan SPM."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*