(Video) Gadis T4han Malu, Ternampak Lelaki Pakai Corak Batik Sama Dekat Majlis

Pasti ramai diantara kita yang pernah berpengalaman sedondon dengan pakaian yang dipakai oleh orang tak dikenali.

Perkara itu sedikit sebanyak pasti akan memberikan rasa malu dalam pada masa yang sama detik melucukan apabila berhadapan dalam situasi seperti itu.

Begitulah yang terjadi menerusi satu video TikTok yang dikongsikan melalui akaun bernama @septiartfn25 ini.

Ketika menghadiri satu majlis yang dipercayai majlis perkahwinan, gadis ini telah dimaklumkan oleh rakannya kerana kain bercorak batik yang dipakainya itu sedondon dengan baju batik yang dipakai oleh seorang lelaki dalam majlis itu.

Bukan sahaja coraknya sama, malahan warnanya juga turut sama. Hendak dipendekkan cerita, pakaian mereka itu seolah-olah diperbuat daripada kain yang sama.

Selepas gadis tersebut menyedari bahawa kain yang dipakainya itu sama dengan baju batik yang dipakai lelaki tersebut, dia terus tersipu malu dan segera berselindung bagi mengelakkan perkara itu disedari oleh orang lain.

Pada padangan lain pula, ada juga gadis bersama lelaki itu berpaling ke arah gadis yang memakai kain bercorak batik itu. Disebabkan itu, ianya telah menjadi perbualan netizen berkaitan ‘jodoh yang tertukar’ secara gurauan semata-mata.

@septiartfn25

couple yang tertukar 😆

♬ DJ Pschyo Tiban Tiban – Yaudah Iya👑

 

Rata-rata warganet yang menonton video melucukan itu terus membanjiri ruangan komen dengan ada yang menyatakan bahawa mereka berdua itu sebenarnya adalah jodoh yang tertukar.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Trenster Network

Sumber: @septiartfn25 via SK

Be the first to comment on "(Video) Gadis T4han Malu, Ternampak Lelaki Pakai Corak Batik Sama Dekat Majlis"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*