Tiada duit beli pampers, cuma mampu balut lampin baby 3 bulan dengan plastil, Uncle Kentang buat derma tapi tutup derma lepas tu

 

 

Tiada duit beli pampers, pakai kain lampin dibalut plastik … bayi 3 bulan… Kami baru hutang RM16.70 dari kedai. Dapat sardine 1 tin, tepung dan telur. Kami ada sikit beras lagi dan satu plastik minyak masak.

Depan rumah ada kolam ada haruan dan ikan keli. Tapi aku tiada mata kail. Aku kerja kedai makan tetapi kedai makan dah tutup. Aku ada motosikal, motosikal kena curi. Aku kini tak ada transport langsung. Baby memang tak minum susu lah. dah 3 bulan.

Tiada duit beli pampers. Pakai kain lampin, itu pun ada 3 helai dan terpaksa balut dengan plastik agar kencing baby tak basahkan tilam burvk. Esok kami cuba mintak permit rentas daerah hantar makanan agar kesihatan baby terjaga. Makanan semakin parah. Ok ok..

Kita beri kaki kepada ayah baby 3 bulan ni…

Saya rasa paling penting ialah beri sebuah motosikal kepada bapa baby pakai plastik sebagai lampin agar dia mudah bergerak cari rezeki. Akan saya mohon permit mintak rentas negeri dan belikan beliau sebuah motosikal.

Kredit; Kuan Chee Heng

Teringat Pesan Uncle Kentang

Permudahkan urusan orang lain, bantulah mereka dan apabila kamu sendiri, ingat Tuhan sentiasa ada. Namun, jangan biarkan diri terlalu lama sendiri. Ajak orang lain untuk sama-sama membantu. Ada ketika kita akan ramai, ada ketika kita akan kembali sendiri. Jangan risau, Tuhan ada. Kamu tidak akan m1sk1n dengan memberi, tidak akan melarat kerana menderma, dan tidak akan berkurang harta kerana bersedekah. Malah kita akan menjadi semakin mulia.

Permudahkan Jangan Susahkan

Ada banyak cara untuk menolong orang sekiranya kita pegang prinsip untuk mempermudahkan orang lain. Sekiranya jiran kita keretanya rosak dan dia tidak ada duit, kita permudahkan dia dengan apa yang kita ada. Sekiranya kita pandai tentang kereta, kita baiki keretanya. Sekiranya kita berkemampuan daripada segi wang, kita hantar keretanya ke bengkel dan bayar kosnya. Sekiranya kita tidak punya kemahiran dan wang, kita boleh pinjamkan kereta kita. Sekiranya tidak mampu juga, kita boleh hantarkan dia pergi kerja.

‘CINA GILA’. Itu barangkali tanggapan pertama orang ramai apabila mendengar kisah Uncle Kentang. Mana tak gila & tak masuk akal. Caj ambulans hanya 10 sen. Nak guna van jen4zah, perlu bayar RM1 sahaja. Kaki palsu percuma, makanan percuma dan banyak lagi benda tak terjangkau dek akal yang dibuat di bawah nama Kentang Initiatives.

KENTANG INITIATIVES

  1. Ambulance 10 sen.
  2. Van jen4zah RM1.
  3. Cuci lvk4 Percuma.
  4. Kaki Palsu Percuma.
  5. Teksi 10 Sen.
  6. Shuttle Percuma KLIA ke h0sp1tal.
  7. Rumah RM1.
  8. Library 10 Sen.
  9. Makanan Percuma.
  10. Dapur Umum Percuma.
  11. Tuition Percuma.
  12. Pasar 10 Sen.

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Trenster Network

Sumber : 2.e-kesah.com

Be the first to comment on "Tiada duit beli pampers, cuma mampu balut lampin baby 3 bulan dengan plastil, Uncle Kentang buat derma tapi tutup derma lepas tu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*