Fedtri Yahya Lrang ‘Dakwah’ Orang Muda Untuk Kahwin Awal. Ini Sebabnya

 

 

TREND berkahwin di usia muda turut mendapat perhatian penulis lirik dan pengacara Fedtri Yahya yang menyuarakan pendapatnya mengenai isu tersebut.

Fedtri atau nama sebenarnya Ahmad Fedtri Yahya menganggap perkahwinan di usia yang muda tidak sepatutnya menjadi ikutan memandangkan segelintir remaja sekarang tidak matang dan berkemampuan.

Malah Fedtri turut mendedahkan terdapat beberapa kes antaranya bercerai selepas dua minggu berkahwin disebabkan tiba-tiba berasa tidak bersedia dan memilih untuk berpisah setelah mempunyai anak kerana enggan tanggung komitmen.

Fedtri menyuarkan pendapatnya menerusi laman Twitter.

“Tolonglah jangan ‘dakwah’ orang muda kahwin awal. Tak semua matang dan ‘berkemampuan’. Bila dah sedia, pasti mereka sendiri menuju ke arah itu.

“Tak perlu berlumba siapa paling awal. Kalau tak sedia… akibatnya menyusahkan orang lain di kemudian hari. Kes satu… baru dua minggu kahwin dah nak bercerai sebab ‘baru rasa’ tak bersedia.

“Duit katering pun tak habis bayar lagi. Kes kedua, pelajar kolej e-mel ramai orang sebab perlu kahwin segera. Kita tanya sebab apa? Terlanjur ke? Dia kata tak. Hanya nak tegakkan agama melalui perkahwinan Smiling face with halo.

“Saving dia ada baru RM170. Kes ketiga, dah ada anak tapi kemudian nak cerai sebab tak suka komitmen sebab stres. Lebih senang hidup bujang. Habis, anak kau tinggal mcm tu je?” kata Fedtri.

 

Kalau tak sedia… akibatnya menyusahkan orang lain di kemudian hari.

Personaliti TV yang berusia 40 tahun ini berkongsi pandangannya mengenai trend berkahwin di usia muda itu menerusi laman Twitter miliknya.

Rata-rata netizen turut bersetuju dengan pendapat Fedtri dan generasi muda sepatutnya belajar mengenai tanggungjawab selepas berkahwin sebelum mengambil keputusan untuk memiliki sebuah keluarga.

 

“Kalau bab kahwin laju je kaitkan fasal agama. Bab diri dia dengan Allah? Ramai sangat yang pandang remeh fasal perkahwinan ni. Ibu bapa pun sepatutnya nasihatkan anak-anak bagi kesedaran mengenai kehidupan sebenar perkahwinan.

 

Fedtri Kongsi 3 Kes

 

“Kes 1, baru dua minggu dah nak bercer4i sebab ‘baru rasa’ tak bersedia. Duit catering pun tak habis bayar lagi.

“Kes 2, pelajar universiti email ramai orang sebab perlu kahwin segera. Kita tanya sebab apa? Terl4njur ke? Dia kata tak. Hanya nak tegakkan agama melalui perkahwinan. Saving dia ada rm170 baru.

“Kes 3, dah ada anak tapi kemudian nak cer4i sebab tak suka komitmen sebab stress. Lebih senang hidup bujang. Habis, anak kau tinggal mcm tu je?,” kongsinya lagi.

 

Rata-rata netizen setuju dengan pendapat Fedtri mengenai trend kahwin di usia muda.

 

“Setuju. Jangan semata-mata nak elak maksiat. Itu bukan cinta itu nafsu. Kalau kahwin sebab nafsu, perkahwinan itu takkan kekal. Bila isteri dah tak macam dulu, mulalah cari yang lain. Kalau cinta, selebet macam mana pun pasangan tu, kita tetap sayang.

“Daripada dakwah kahwin awal, lebih baik dakwah perkahwinan itu merupakan satu tanggungjawab, amanah dan komitmen,” komen beberapa netizen.

 

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan tersebut selain turut berharap agar orang diluar sana jelas mengenai perkara sedemikian.

Dalam pada itu, terdapat segelintir netizen yang meluahkan rasa tidak setuju kerana menganggap soal jodoh itu merupakan rahsia Allah.

Sebelum ini, beberapa kisah mengenai anak muda yang masih bersekolah mendirikan rumah tangga menarik perhatian sehingga menjadi tular di laman sosial.

Terdahulu menerusi artikel dikongsi FreeMalaysiaToday.com, masalah kewangan dan kahwin ikut trend antara punca pasangan muda bercerai.

Pakar ekonomi yang juga Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris, Mohammad Shatar Sabran, berkata, antara punca perceraian dalam kalangan pasangan muda ialah mereka menjadikan perkahwinan sebagai trend tanpa mempunyai perancangan kewangan kukuh dan pasangan terlalu muda.

Beliau berkata, tempoh kematangan sosial bagi wanita ialah 23 tahun dan lelaki pula 25 tahun, tetapi jika mereka berkahwin sebelum usia itu, berkemungkinan akan berlaku perceraian.

 

“Secara majoriti, situasi kewangan keluarga buat golongan ini masih dalam keadaan tidak stabil. Mereka berkahwin hanya kerana ingin mengikut trend, iaitu kawin muda, mengikut ajakan kawan dan yang paling utama terpengaruh dengan media sosial,” katanya.

 

Beliau berkata, perkahwinan tidak seharusnya dipandang sebagai cara menghalalkan hubungan saja.

 

“Seharusnya golongan muda mempersiapkan diri dan memikirkan perkahwinan memerlukan kasih sayang, kebahagiaan, pengorbanan dan tanggungjawab,” ujarnya.

 

‘Saya nak kahwin muda sebab takut tidur sorang

TAKUT tidur seorang antara alasan pasangan remaja berusia 14 dan 15 tahun di daerah Bantaeng, Sulawesi Selatan di Indonesia ini untuk berkahwin pada usia muda.

Pasangan berkenaan yang tidak dinamakan dan masih bersekolah menjadi tular di media sosial selepas mereka mendaftarkan untuk berkahwin baru-baru ini.

Surya.co.id melaporkan, pasangan itu datang ke Pejabat Hal Ehwal Agama Daerah Bantaeng Khamis lalu untuk mengikuti Kelas Bimbingan Perkahwinan dan mendapatkan pendaftaran perkahwinan.

Permohonan perkahwinan pasangan itu pada mulanya ditolak kerana usia mereka terlalu muda tetapi selepas membuat rayuan di Mahkamah Agama Bantaeng, permohonan mereka diluluskan.

Menurut undang-undang di Indonesia, usia minimum untuk berkahwin bagi perempuan adalah 16 tahun, sementara lelaki 19 tahun.

Ketika ditanya alasan mahu berkahwin, remaja perempuan itu berkata, dia bukan dipaksa kerana berbadan dua, tetapi keinginan mereka sendiri.

Selain itu dia turut memberitahu takut tidur seorang kerana sering ditinggalkan sendirian di rumah selepas ibunya meninggal dunia dan bapanya kerap ke luar daerah untuk urusan perniagaan.

 

‘Habiskan sekolah dulu, baru kahwin…’-Mufti Pahang

“LEBIH bagus jika mereka (anak) menamatkan persekolahan terlebih dahulu sebelum (membenarkan) mereka berkahwin,” demikian saranan Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman.

 

Beliau berpendapat, keputusan ibu bapa membenarkan anak mereka berkahwin pada usia terlalu muda tidak banyak membantu menyelesaikan masalah, sebaliknya boleh menimbulkan masalah lain.

 

“Ada antara ibu bapa hidup dalam kedaifan memberi alasan membenarkan anak mereka berkahwin pada usia belasan tahun kerana mahu memberi peluang kepada mereka membina kehidupan lebih baik.

“Sebenarnya ini bukanlah jalan penyelesaian terbaik, kalau kita dalam kesusahan sekali pun, jangan mengambil tindakan seperti ini, sebaliknya mereka (ibu bapa) terlebih dahulu boleh memohon pelbagai bantuan disediakan agensi kerajaan negeri dan Persekutuan.

“Pendidikan adalah perkara terpenting untuk anak dan biarlah mereka menghabiskan dahulu persekolahan…tidak kisahlah anak itu lelaki atau perempuan, beri peluang mereka belajar sekurang-kurangnya sehingga tamat persekolahan menengah,” katanya ketika dihubungi di Kuantan.

 

Beliau turut mengakui kurang selesa jika melihat anak muda berkahwin dengan lelaki atau perempuan lebih berusia.

Katanya, walaupun undang-undang membenarkan perkahwinan antara lelaki atau perempuan berusia 16 tahun di Pahang, namun ia tidak bermakna perkara itu boleh dijadikan alasan.

 

“Saya tidak berapa suka dengan perkahwinan (muda) ini… perkara ini bukanlah sesuai untuk semua, cuma kadang-kala ia (perkahwinan) terpaksa dilakukan atas alasan tertentu antaranya seperti terlanjur sebelum mempunyai ikatan sah dan terjebak dalam pergaulan terlalu bebas.

“Kita tidak boleh menjadikan perkahwinan di usia muda sebagai perkara membebankan, sedangkan agama Islam itu sendiri untuk memudahkan penganutnya,” katanya.

 

Abdul Rahman menjelaskan, walaupun terdapat peruntukan undang-undang, mereka yang ingin melangsungkan perkahwinan di bawah usia dibenarkan perlu mendapatkan kelulusan daripada Mahkamah Syariah.

Beliau turut menyarankan pasangan ingin melangsungkan perkahwinan mendapatkan maklumat tepat selain mencari keserasian terlebih dahulu dengan pasangan, sebelum membuat keputusan muktamad.

Mengikut Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 2005 Negeri Pahang, had umur untuk berkahwin ditetapkan pada usia 16 tahun ke atas bagi lelaki dan perempuan.

Kerajaan negeri sebelum ini tidak berhasrat untuk menaikkan had umur berkenaan kepada 18 tahun seperti dicadangkan Kerajaan Persekutuan memandangkan perkahwinan bawah umur di negeri ini terlalu sedikit dan bukan isu.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Trenster Network

Sumber : https://rentasasia.com/fedtri-yahya-tak-bagi-dakwah-orang-muda-kahwin-awal-ini-sebabnya/

Be the first to comment on "Fedtri Yahya Lrang ‘Dakwah’ Orang Muda Untuk Kahwin Awal. Ini Sebabnya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*