Kecantikan Menantu Baru Tengku Adnan Tarik Perhatian

 

Meskipun diadakan dalam norma baharu, namun majlis perkahwinan anak lelaki Ahli Parlimen Putrajaya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang diadakan semalam begitu meriah sehingga ada yang menganggapnya sebagai ‘Wedding Of The Year’ bagi edisi 2020.

Perkahwinan Secara Pandu Lalu

Via BERNAMA

Bukan sahaja kira-kira 10,000 jemputan telah hadir, malah majlis perkahwinan ini juga telah diadakan secara pandu lau yang mana jemputan mengambil juadah makanan yang disediakan di khemah khas selain berpeluang melihat pasangan pengantin Tengku Muhammed Hafiz Tengku Adnan dan Oceane Cyril Alagia melambaikan tangan dari pentas.

Ramai Puji Kecantikan Oceane

Dalam pada itu, rata-rata mengagumi kecantikan yang dimiliki oleh Oceane dan turut memujinya seperti seorang model antarabangsa.

Memetik laporan BERNAMA, Majlis yang bertemakan adat Jawa itu itu telah diadakan di Dataran Putrajaya, Presint 3 dan acara tersebut juga dimeriahkan dengan persembahan kebudayaan masyarakat Jawa dan artis tempatan yang turut disiarkan di skrin besar di tepi pentas berkenaan.

Difahamkan, suri hati Tengku Muhammad Hafiz itu yang juga pengamal media sosial terkenal mempunyai d4rah k4cukan. Ibu kepada Oceane berasal daripada Jakarta manakala bapanya pula berasal daripada Perancis.

Ku Nan dipenj4ra setahun, denda RM2 juta

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dihukvm penj4ra setahun dan denda RM2 juta oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin selepas didapati bersalah atas pertuduhan menerima r4suah sebanyak RM2 juta.

Mahkamah turut memerintahkan Tengku Adnan dipenj4rakan enam bulan jika gagal membayar denda.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan membuat keputusan itu selepas pasukan pembelaan selesai membuat mitigasi bagi meringankan ukuman terhadapnya.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan hukvman penjara dan denda itu ditangguh sehingga menunggu rayuan.

Pagi tadi, Hakim Mohamed Zaini Mazlan membuat keputusan Tengku Adnan bersalah atas tuduhan menerima r4suah sebanyak RM2 juta.

Mengikut pertuuhan, Ku Nan, 70, didakwa dalam kapasitinya sebagai seorang penjawat awam iaitu Menteri Wilayah Persekutuan telah menerima untuk dirinya wang berjumlah RM2 juta.

Wang itu daripada ahli perniagaan, Tan Sri Chai Kin Kong yang juga Pengarah AKSB melalui cek Hong Leong Islamic Bank milik AKSB yang telah didepositkan ke dalam akaun bank CIMB milik Tadmansori Holdings Sdn. Bhd. (THSB) yang beliau mempunyai kepentingan, yang diketahui syarikat AKSB ada perhubungan dengan kerja-kerja rasminya.

Bendahari UMNO itu didakwa melakukan perbuatan itu di CIMB Bank Berhad, Cawangan Pusat Bandar Damansara di sini pada 14 Jun 2016.

Ahli Parlimen Putrajaya itu didkwa mengikut Sksyen 165 Kanun Kesksaan yang membawa hukvman maksimum penj4ra dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pasukan pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Julia Ibrahim manakala peguam Datuk Tan Hock Chuan mengetuai pasukan pembelaan.

 

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Trenster Network

Sumber : murai.my

Be the first to comment on "Kecantikan Menantu Baru Tengku Adnan Tarik Perhatian"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*