Ikan Betta Sebagai Mas Kahwin

 

Bukan emas atau wang, seorang lelaki di Indonesia tular setelah memberikan ikan betta sebagai mas kahwin kepada isterinya, lapor Wartakota.

Rizki Muhammad memberikan sepasang ikan betta jenis Blue Rim kepada Indri yang dikatakan berharga Rp 2.5 juta (RM717.78).

Mereka yang berkahwin pada 12 Disember lalu itu sememangnya menyukai ikan tersebut.

Gambar Via Info Bekasi

Tidak cuma itu, Rizki juga mendedahkan bahawa dia dan adiknya mula serius menternak ikan betta sejak Mac lalu selepas diberhentikan kerja kesan pandemik COVID-19.

Sementara itu, Indri mengatakan bahawa dia terkejut dan tidak menyangka bahawa suaminya betul-betul memberikan ikan tersebut sebagai mahar.

Gambar Via Oke Zone

“Pada awalnya saya fikir dia hanya main-main, tapi ternyata dia ternyata betul-betul membawa ikan itu,” katanya.

Menurut USS Feed, Blue Rim merupakan salah satu jenis ikan yang popular dalam kalangan pencinta ikan betta.

Gambar Via USS Feed

Ia mempunyai warna asas putih atau krim dan berwarna biru di tepinya atau seluruh siripnya.

Kebiasaannya, dari ratusan telur hanya lima hingga 10 peratus ikan menjadi Blue Rim dengan kualiti yang baik.

Sumber: Wartakota, USS Feed

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Trenster Network

Sumber : Siakapkeli

Be the first to comment on "Ikan Betta Sebagai Mas Kahwin"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*