Tak nak memb4zir punya pasal, madrasah tahfiz jadi tempat lambakan lauk b4si

 

Bersedekah sememangnya satu amalan mulia dan sangat digalakkan untuk kita berkongsi rezeki yang diterima dengan orang lain supaya masing-masing dapat merasai kenikmatan itu.

Namun, luahan hati seorang mudir madrasah tahfiz di Malaysia seperti dikongsi Facebook (FB) Kasih Till Jannah menjentik hati ramai netizen. Menurut mudir tersebut madrasah tahfiz seringkali menjadi tempat lambakan lebihan lauk kenduri yang tidak habis.

Tambah mudir itu lagi, kebiasaannya lauk-pauk tersebut dihantar ke madrasah pada pukul 6 petang dan sejam kemudian lauk-pauk tersebut sudah pun berbuih dan basi serta tidak elok untuk dimakan lagi.

Tidak berniat untuk menyomb0ng diri, mahupun menolak rezeki yang hendak diberi, mudir tersebut memberitahu, sebaiknya jika hendak bersedekah ke madrasah-madrasah biarlah lauk-pauk itu masih elok dan bukannya sesudah kenduri berakhir baru dihantar ke madrasah.

Lebih malang, pelajar madrasah terpaksa tidur dalam keadaan bau masam dek kerana lauk pauk yang basi itu. Ibarat menjadi rutin mingguan, para pelajar tersebut terpaksa menguruskan lebihan makanan tersebut dan membasuh bekas lauk-pauk tersebut.

Walau bagaimanapun, mudir tersebut masih lagi menghargai pemberian tuan rumah kenduri cuma beliau berharap keadaan sebegini dapat diperbaiki dan orang ramai memahami konsep sedekah iaitu bersedekah perkara yang terbaik untuk orang lain.

Netizen juga bersetuju dengan pendapat mudir itu kerana bagi mereka ia adalah satu perkara yang memb4zir dan sia-sia jika menghantar lauk-pauk yang hampir basi ke madrasah jika akhirnya tidak dapat dimakan oleh para pelajar madrasah.

Sewajarnya masyarakat kita menerima pengkongsian mudir ini dengan hati terbuka dan berusaha mengubah sikap seperti ini.

 

 

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Trenster Network

Sumber : wowberita

Be the first to comment on "Tak nak memb4zir punya pasal, madrasah tahfiz jadi tempat lambakan lauk b4si"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*