Eizlan Yusof, isteri bakal timang anak 

 

Kuala Lumpur: “Sengaja kami umumkan berita gembira itu semalam. Ia juga sempena ulang tahun perkahwinan kami yang pertama iaitu 12 Disember ,” kata pelakon Datuk Seri Eizlan Yusof, 49, mengulas kehamilan isterinya, Datin Seri Natasha Rosa, 30. 

Eizlan, yang mengumumkan perkara ini menerusi Instagram, berkata kandungan isterinya kini berusia lima bulan dan baru sekarang mereka sedia berkongsi berita gembira itu.

“Alhamdulillah, dia (isteri) dah stabil sekarang. Biasalah untuk dua, tiga bulan pertama agak huru hara kerana Tasha tiada selera makan dan pasti muntah semula selepas makan. Kiranya, dia alami ‘morning sickness’ yang teruk juga.

“Keadaannya sekarang kembali kepada asal. Makan pun berselera dan berat badan bertambah. Alhamdulillah, tiada permintaan untuk makan yang bukan-bukan.

“Malah, yang penting dia dan anak dalam kandungan sihat. Kami pun dah beberapa kali jumpa doktor untuk pemeriksaan dan semuanya dalam keadaan baik,” katanya kepada Harian Metro.

Eizlan yang mempunyai tiga anak menerusi perkahwinan terdahulu berkata, jantina bayinya sudah diketahui, tetapi dia belum bersedia mengumumkannya.

“Kami terpaksa melalui satu lagi pemeriksaan doktor sebelum benar-benar disahkan.

“Anak-anak yang lain iaitu, Vie Zara, 12, Zareef Yusof, 10, dan Vie Zaara, 7, memang suka ada adik. Mereka asyik tanya mamanya (Tasha) bila lagi mereka boleh dapat adik. Jadi mereka teruja apabila dapat tahu Tasha mengandung.

“Mereka pun tak kisah sama ada akan dapat adik lelaki ataupun perempuan, asalkan bayi sihat serta selamat,” katanya.

Eizlan berkata, isterinya masih bekerja di sebuah hotel terkenal dan hanya akan berehat apabila kandungan memasuki bulan kelapan.

“Buat masa ini, Tasha masih kuat bekerja. Cuma kadang kala nampak dia cepat penat. Jadi, saya suruh dia banyak berehat.

“Saya pun tak bagi dia buat kerja berat dan lasak di rumah. Sebelum dia mengandung pun memang saya tak bagi dia buat kerja berat-berat.

“Tapi, Tasha rajin dan tak suka suasana semak. Dia juga ada pelihara dua ekor kucing di rumah kami dan suka melayannya. 

“Lagipun, emak juga menggalakkan dia aktif dan bukan hanya tidur baring semata-mata untuk memudahkan dia bersalin nanti,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Trenster Network

Sumber : Harian Metro

Be the first to comment on "Eizlan Yusof, isteri bakal timang anak "

Leave a comment

Your email address will not be published.


*