Anak Syahmi Sazli Conteng Meja dan Sofa Di Pejabat

Pelakon dan pengarah, Syahmi Sazli berkongsi satu video memaparkan gelagat anak perempuannya yang memberi ‘kejutan’ kepadanya. Dalam video itu, pengarah filem Mael Totey The Movie itu terkejut apabila perabot di pejabatnya dipenuhi dengan contengan yang dilakukan anaknya, Ainul Mardhiah. Beberapa perabot termasuk sofa dan meja sudah dipenuhi hasil ‘seni’ anaknya dengan marker berwarna merah.

Lebih memeningkan, apabila menurut Syahmi dia bakal menerima kehadiran tetamu penting dalam masa terdekat.

“Allah anak aku…abih nyo koghaa (conteng) sofa meja office.. tak hilang, marker permanent. Dahlah pengerusi Finas nak mari office minggu ni,” katanya.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

A post shared by Mael Totey (@syahmisazli)

Bukan setakat perabot, bahkan wajah anaknya bakal menginjak usia dua tahun itu juga turut dipenuhi dengan contengan marker.

“Siapa tahu macam mana nak tanggalkan. Dekat muka pun tak tanggal ni,” tanya Syahmi kepada pengikutnya di Instagram.

Tidak lama kemudian, Syahmi dilihat bertindak cuba menghilangkan kesan contengan tersebut menggunakan pelbagai bahan semburan.

Bagaimanapun, usaha tersebut gagal apabila contengan tersebut masih meninggalkan kesan.

Begitupun, apa yang mencuri tumpuan, Syahmi kemudian menggunakan sabun pencuci pinggan untuk menanggalkan kesan kotoran tersebut.

“Pakai sabun pinggan juga yang berkesan. Guna wax untuk kereta ni pun tak boleh hilangkan.

“Terima kasihlah, lakulah (sabun pinggan) lepas ni,” ngomelnya dalam Insta Story.

Di ruangan komen, rata-rata terhibur dengan gelagat anak kecilnya itu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Trenster Network

Sumber: Gempak

Be the first to comment on "Anak Syahmi Sazli Conteng Meja dan Sofa Di Pejabat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*