lngatkan Org Tak Betul, Satu Badan Penuh Lvmpur, Rupa-Rupanya Terlibat Dlm Satu Kejadian Yang….

Kuala Lumpur: “Pada mulanya, saya ingatkan pemuda itu ‘tidak betul’ apatah lagi melihat keadaan dirinya yang tidak terurus,”

Kata anggota polis bantuan, Azizi Azizan, 27, yang bertugas di pos kawalan bantuan Malaysia Airport Holding Berdad (MAHB), Subang, Selangor.

Melihat keadaan pemuda itu, Azizi berkata, dia segera memberi bantuan awal kepada Afiq Zainudin, 24.

Dia rupa-rupanya terbabit kemalangan di laluan bulatan ke arah terminal Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), Subang, kira-kira 6 petang semalam.

“Kejadian itu kali pertama berlaku selama enam tahun saya bertugas sebagai anggota polis bantuan MAHB.

“Saya terkejut tiba-tiba petang itu didatangi pemuda meminta bantuan apatah lagi dengan imejnya yang agak peliik,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Azizi berkata, dia memberi bantuan awal kepada Afiq dan menyuruhnya menunggu di pondok kawalan tempatnya bertugas.

Kemudian melaporkan kejadian itu kepada pegawai polis bantuan jabatannya untuk tindakan susulan.

“Pemuda itu juga minta menumpang membersihkan badannya yang penuh lumpur dan saya turut memberinya air mineral sementara menunggu bantuan tiba.

“Saya anggarkan pemuda itu berjalan hampir 1 kilometer dari lokasi kem4langan keretanya ke pos kawalan tempat saya bertugas.

“Pemuda itu juga sempat memberitahu sudah pengsan tiga hari dan mahu meminjam telefon saya untuk menghubungi ibunya,” katanya.

Namun begitu, Azizi berkata, setelah dihubungi, ibunya memaklumkan anaknya baru saja keluar kelmarin dan tidak dapat menghubunginya.

“Mujur pemuda itu masih mengingati nombor telefon ibunya walaupun dalam keadaan kesakiitan dan baru saja kemalangan.

“Saya berharap orang ramai menjadikan perkongsian saya di Facebook mengenai kejadian yang berlaku itu sebagai satu pengajaran.

“Jangan cepat menvduh tanpa usul periksa dan sekurang-kurangnya bertanya dahulu daripada hanya mengabaikan,” katanya.

Menurutnya, dia turut berharap pihak berkuasa tempatan menambah baik laluan ke arah terminal LTSAAS.

Itu kerana kawasan itu gelap dan membahayakan pemandu yang melaluinya waktu malam.

Ingatkan orang tak betul mai dengan penuh lumpoq 1 badan, dia cakap kemalangan.

Dia kata rasa macam dah 3 hari pengsan. Bila call mak dia, mak dia cakap bru keluar rumah semalam. .

Rupanya dia pengs4n.. Alhamdulillah, Allah masih panjangkan umurmu..

Menurut posting tersebut, kereta yang dipandu lelaki tersebut telah hilang kawalan lalu terbabas memasuki longkang besar.

Namun, kejadian itu tidak disedari oleh orang ramai akibat keadaan longkang tersebut yang agak dalam dan waktu kejadian yang gelap.

Azizi ketika itu sempat, memberi air kepada mangsa tersebut sebelum pihak hospital datang memberikan rawatan.

Kejadian tersebut dipercayai terjadi tengah malam semalam.

Difahamkan mangsa telah pengsan selama semalaman akibat kemalangan tersebut sebelum dia berjaya keluar dari kereta berkenaan.

Menurut penjelasan Azizi di ruangan k0men, mangsa ketika itu, datang kepadanya di Pejabat Pos tempat di bekerja.

Mangsa hanya mengalami kecederaan di bahagian tangannya.

Terdahulu, perkongsian Azizi di Facebook miliknya tular sejak semalam sehingga dikongsi hampir 2,000 pengikut setakat ini.

Rata-rata warganet turut memuji anggota barisan hadapan itu yang membantu menyelamatkan nyawa pemuda yang dipercayai juga penuntut Ijazah Sarjana Muda di sebuah Institusi Pengajian Tinggi (IPT) swasta.

Tambahan pula, terdapat juga komen yang memanjatkan rasa syukur kerana mangsa terselamat daripada kemalangan itu.

 

 

 

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Trenster Network

Sumber: Azizi Azizi

Sumber: http://lamanmaya.pw/lamaya/lngatkan-org-tak-betul

Be the first to comment on "lngatkan Org Tak Betul, Satu Badan Penuh Lvmpur, Rupa-Rupanya Terlibat Dlm Satu Kejadian Yang…."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*