8 Artis Tempatan Yang Mula Berhijab Tahun Ini

Manis dipandang, tidak dinafikan kini kian ramai artis wanita kita yang mengambil keputusan untuk mengenakan hijab dan perubahan positif ini nyata mengundang senang peminat.

Malah, penampilan sedemikian juga sekali gus membuatkan masing-masing tampak lebih ayu berbanding sebelumnya.

Nah, ini tujuh selebriti kita yang kini selesa tampil bertudung sehingga Disember ini.

Ernie Zakri

Penyanyi Ernie Zakri mendapat perhatian ramai apabila dilihat mulai berkongsi penampilannya yang mengenakan tudung di media sosial Mac lalu.

Terbuka berkongsi, penyanyi Boneka ini turut menyatakan hasratnya untuk bertudung sudah tersimpan lama.

Bagaimanapun, niat tersebut semakun utuh kuat selepas seluruh dunia diuji dengan pandemik Covid-19.

Kilafairy

Penyanyi dan pelakon Kilafairy tampil ayu dengan imej berhijab sejak awal Jun. Tidak lagi sinonim dengan imej seksi, anak kepada penyanyi, Rohana Jalil ini turut mengambil keputusan untuk membuang semua foto lamanya di Instagram yang tidak menutup aurat dengan baik.

Cik Manggis

Cik Manggis atau nama sebenarnya, Nurshazwani Shamsuddin turut mengambil keputusan untuk terus bertudung sekitar Jun lalu.

Pelakon yang juga anggota kumpulan De Fam ini menerusi temu bual bersama media memaklumkan, dia bertudung atas kehendak sendiri dan tiada paksaan daripada mana-mana pihak.

Masih kekal aktif dalam seni, bintang berusia 30 tahun ini turut menambah, suaminya Syazmin Firdaus Aminuddin turut gembira dengan penampilan barunya itu.

Tash Yong

Pelakon dan penyanyi, Tash Yong juga ambil keputusan dengan berhijab kini sejak Aidiladha lalu. Tash atau nama sebenarnya, Nur Natasha Shazlia Rosli menjelaskan, dia bertudung kerana Allah SWT dan meminta ramai mendoakannya agar terus istiqamah.

Fathia Latiff

Tahun ini, pelakon dan penyanyi, Fathia turut meminta doa ramai selepas kembali mengenakan tudung. Tahun lalu, bintang ini menjadi perhatian ramai selepas bertindak membuka tudung selepas berhijab kira-kira empat tahun sebelum ini.

Malah, dia juga dilihat telah memadam semua gambar yang tidak memakai tudung di laman Instagram.

Hannah Delisha

Pelakon asal Singapura, Hannah Delisha beberapa bulan lalu mencuri perhatian ramai apabila memuat naik fotonya berhijab di Instagram dengan kapsyen “Bismillah…”.

Menolak andaian sesetengah pihak yang membayangkan dia berubah kerana mahu berkahwin, pemilik nama lengkap Hannah Adlina Blackburne Birch ini sebaliknya mengakui dia mengambil keputusan murni itu kerana Allah SWT.

Zara Zya

Pelakon, Zara Zya, 35, membulatkan tekad bertudung sejak awal September lalu. Sebelum ini, bintang drama Seadanya Aku dan Korban Kasih itu dilihat memuat naik gambar bertudung hingga menarik perhatian pengikut.

Ika Nabella

Ibu kepada seorang cahaya mata ini mula berkongsi mengenai dirinya yang kini tampil bertudung sekitar bulan lalu.

Ika menerusi laporan media mendoakan agar dirinya kekal istiqamah Jika betul ini penghijrahan, saya harap ia berkekalan dan saya kekal istiqamah.

Malah, pelakon Bahagia Bukan Bidaan itu mendedahkan dia sudah lama berhijab, tetapi tidak dikongsikan dalam laman sosial.

Foto: Instagram Selebriti

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Trenster Network

Sumber : Media Hiburan

 

Be the first to comment on "8 Artis Tempatan Yang Mula Berhijab Tahun Ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*