“Naik Tangga Bergerak Dan Aku Jatuh” Luahan Sedih Wani Comel Di IG Story Beliau Membuat Ramai Sebak

 

Wanita yang mempunyai masalah obesiti, Wani Comel berkongsi luahan hatinya mengenai insan sekeliling yang banyak berjasa dalam kehidupannya.

Menurut Wani atau nama sebenarnya, Nurul Airawani Nazira Ibrahim, 23, dia berasa bertuah apabila dirinya didatangkan dengan insan yang benar-benar ikhlas ingin membantunya.

“Aku bersyukur dikelilingi orang-orang yang baik dan tak pernah berkasar dengan aku. Sanggup dari jauh bersusah-payah ambil aku.

“Aku rasa seperti duduk dengan kakak dan abang aku sendiri. Aku dijaga bak adik kandung sendiri,” luahnya menerusi satu hantaran di Instagram Story miliknya.

Bahkan menurut Wani, ketika kedatangannya ke Kuala Lumpur baru-baru ini, dia dilayan cukup baik.

Biarpun berdepan dengan kekurangan fizikal akibat masalah berat badan melampau, dirinya sedikit pun tidak berasa terasing.

“Dibawa berjalan-jalan tengok KLCC, bawa aku pergi makan, belikan aku kasut, beli barang keperluan aku tanpa berkira sama ada mahal atau murah.

“Tak pernah sikit pun malu bawa aku keluar walau aku gemuvk, pakaian buruk.

“Aku ingat lagi masa masuk KLCC pertama kali aku naik tangga bergerak dan aku jatuh. Abang-abang dan kakak-kakak akulah yang pegang tangan aku dan tarik aku,” ceritanya.

Pada masa sama, Wani turut memanjatkan rasa syukur dengan semua insan yang banyak membantunya selama ini.

“Ya Allah, terima kasih temukan aku dengan insan-insan hebat ini. Semoga rezeki mereka melimpah ruah di dunia dan di akhirat,” katanya.

Terdahulu, Wani yang berasal dari Jerantut, Pahang, dibawa ke Kuala Lumpur bagi mengadakan sidang media berhubung kemelut mengenai dakwaan pelanggaran perjanjian kontrak produk kurus bersama ahli perniagaan, Datuk Seri Aliff Syukri.

Bagaimanapun, sehari kemudian, Wani dikejarkan ke Hospital Putrajaya akibat masalah jangk1itan kum4n di paru-paru.

Sebelum ini, kisah Wani pernah mencuri tumpuan umum ekoran masalah berat badannya yang mencecah 300 kilogram sehingga dirinya tidak mampu berjalan.

Gadis yang mempunyai masalah obes1iti, Wani Chomel dimasukkan ke Hospital Putrajaya sekitar jam 9 pagi tadi akibat kesukaran bernafas.

Wani atau nama sebenarnya Nurul Airawani Nazira Ibrahim, 23, dibawa ke hospital selepas mengadu sesak nafas, sakit perut dan muntah teruk.

Wakil Wani yang dikenali sebagai Aishah ketika dihubungi berkata, gadis tersebut kini di bawah pemantauan doktor selepas disahkan mengalami jangk1itan kum4n di paru-paru.

“Wani terus dikejarkan ke bahagian kecemasan sebaik tiba di hospital. Wani mengadu sakit perut sejak malam tadi dan dia mengalami muntah teruk.

“Pagi tadi dia kata sesak nafas dan kami terus bawa ke hospital. Saya teman Wani sejak jam 9 pagi tadi dan sudah berjumpa dengan doktor yang merawat Wani.

“Beliau mengesahkan paru-paru Wani terkena jangk1itan kuman. Wani akan ditah4n di wad untuk rawatan lanjut dan menjalani pemeriksaan terperinci termasuk di bahagian perut.

“Doktor bimbang jika ada jangkitan kuman di bahagian tersebut kerana tidak ada rawatan susulan selepas pembedahan dilakukan,” katanya kepada Gempak.

Dalam pada itu Aishah memohon orang ramai mendoakan kesihatan Wani dan berharap agar gadis comel tersebut pulih seperti sediakala.

“Ibu Wani di kampung pun kurang sihat, doakan Wani ya supaya dia pulih dan sihat.

“Wani pun tidak tahu bila akan keluar dari wad, kami sudah tidak boleh bertemu dengan dia, atas nasihat doktor,” katanya.

Terdahulu Wani bersama pasukan Gempur mengadakan sidang media mendakwa dianiaya pengasas kosmetik.

Wani mendakwa berasa terti1pu selepas tidak mendapat sebarang faedah dan bayaran seperti yang dijanjikan.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Trenster Network

Sumber :Gempak

Be the first to comment on "“Naik Tangga Bergerak Dan Aku Jatuh” Luahan Sedih Wani Comel Di IG Story Beliau Membuat Ramai Sebak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*