“Mama, Bangunlah… Ramai Orang Datang Ni..”

 

“Mama, Bangunlah… Ramai Orang Datang Ni..” – Anak Kecil Kejutkan jen4zah Ibunya Yang Disangkanya Sedang Tidur

“Mama, bangunlah…ramai orang datang rumah kita,” kata Nur Adni Afeera Shahrul Raziman, tiga tahun, yang cuba mengejutkan jen4zah ibunya, Mahfuzah Ishak, yang disangka sedang tidur. Melihat ibunya tidak memberi sebarang reaksi, Nur Adni Afeera beralih melihat jen4zah adiknya Muhammad Harraby Zafran, setahun, sebelum berpaling ke arah orang ramai dan menyatakan adiknya ‘s4kit’.

Keletah Nur Adni Afeera menyebabkan orang ramai mengalirkan air mata, manakala ayahnya Shahrul Raziman Osman, 33, tergamam melihat jen4zah dua beranak itu di ruang tamu rumah keluarga Mahfuzah di Kampung Lepar Hilir 1

Mahfuzah, 28, seorang kerani di kilang automotif di Pekan dan Muhammad Harraby Zafran meningg4l dunia akibat kec3deraan t3ruk di bahagian kepala dan dada selepas kenderaan yang mereka naiki terbabas dan merempuh pembahagi jalan

kem4lang4n berlaku di KM403.9 Lebuhraya Utara Selatan dekat Lembah Beringin, berhampiran pekan Hulu Selangor. Kereta dipandu Shahrul Raziman. Turut berada dalam kenderaan itu, ibu Shahrul Raziman, Razimah Chik, 63. jen4zah kedua-dua m4ngsa dibawa ke sini bagi menunaikan permintaan ibu arw4h,

Norhikmah Abdullah Sani, 54, yang lvmpuh untuk melihat mereka sebelum dikebvmikan di kampung Shahrul Raziman di Kampung Telok, Pekan, lewat malam. Shahrul Raziman yang bekerja dalam bidang teknologi maklumat berkata, mereka dalam perjalanan untuk bercuti dan melawat saudara-mara sebelah ayahnya di Jeniang, Kedah apabila kem4lang4n berlaku.

“Kami bertolak dari Pekan pada jam 11 malam semalam (kelmarin). Ia tidak dirancang kerana rancangan untuk ke sana hanya difikirkan pada raya ketiga. Tambahan pula ayah saya telah bertolak ke sana (Jeniang) sehari sebelum dengan menaiki bas,” katanya.

Beliau menyatakan kes4l apabila tiada kenderaan yang berhenti untuk membantu meskipun beliau memberi isyarat meminta bantuan. Hanya dua penunggang motosikal yang berhenti selepas 10 minit beliau berdiri di tepi jalan. Sementara itu, ayah m4ngsa, Ishak Muhammad, 56, berkata kali terakhir beliau bertemu anak ketiga daripada lima beradik itu ialah pada jam 3 petang kelmarin, sebelum anaknya bergegas pulang ke Pekan.

“Saya pula ditahan di h0sp1tal Tengku Ampuan Afzan (Kuantan) akibat ker4cunan makanan pada jam 4 petang. Saya juga tidak tahu mereka akan pulang ke Kedah. Saya diberitahu anak meningg4l dunia pada jam 10 pagi ini (semalam). Saya bersyukur dibenarkan pulang ke rumah pada jam 3 petang. Sekurang-kurangnya saya dapat melihat mereka untuk kali terakhir,” katanya.

Sumber: facebook

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Trenster Network

Sumber : majalah-harian.com

Be the first to comment on "“Mama, Bangunlah… Ramai Orang Datang Ni..”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*