Elfira Loy Puji Kegigihan Suami Sebelum Berkahwin

 

Pejam celik, pejam celik nampaknya usia perkahwinan selebriti Elfira Loy dan suaminya sudah hampir memasuki dua tahun selepas mereka selamat diijabkabulkan pada 1 Januari 2019.

VIDEO) Majlis Pernikahan Elfira Loy Dan Faris Yang Cukup Eksklusif

Namun, apa yang menarik perhatian dan tidak diketahui ramai adalah bagaimana pertama kali mereka bertemu.

Elfira baru-baru ini telah memuat naik beberapa keping foto menceritakan perkara berkenaan selepas ditanya oleh beberapa peminatnya.

Menurut Elfira, kali pertama beliau berjumpa dengan suaminya adalah pada malam Anugerah Industri Muzik ke-20 (AIM20) kira-kira beberapa tahun dulu.

Selain memuat naik foto berkenaan di laman Twitter, suaminya turut melahirkan penghargaan buat pengacara terkenal Datuk Aznil Nawawi kerana telah mempertemukannya dengan Elfira pada malam tersebut.

Menerusi perkongsian yang sama, Elfira turut membuka cerita apabila rakan baiknya yang juga anak kepada aktor Rosyam Nor iaitu Anis pernah mendoakan Faris berjodohan dengan pelakon yang popular menerusi drama Tentang Bulan itu.

Sementara itu, pelakon yang berusia 26 tahun itu juga menjawab pertanyaan pengikutnya apabila mereka mengajukan soalan antara surah kegemarannya dan sebenarnya terdapat cerita menarik disebalik surah tersebut.

Aww so sweet Faris! Untuk pengetahuan pembaca lain, Faris juga diberi syarat oleh ibu Elfira jika mahu bernikah dengan Elfira:-

“Faris, kalau nak kahwin dengan anak aunty, kena hafal al-Mulk,” tulis Elfira.

Apa-apa pun, Hot FM ingin mengucapkan tahniah in advance! kepada pasangan ini yang bakal menyambut ulangtahun perkahwinan yang kedua awal tahun 2021.

Semoga ikatan perkahwinan yang dibina akan kekal bahagia hingga ke akhir hayat dan seterusnya ke syurga.. Gittew!

 

Sumber foto: Instagram Elfira Loy

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Trenster Network

Sumber : HotFM

Be the first to comment on "Elfira Loy Puji Kegigihan Suami Sebelum Berkahwin"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*