[VIDEO] Akhirnya Ketukan Misteri Berjaya Dirakam. Sampai Bergegar Pintu

 

Misteri bunyi ketukan pintu kediaman yang ‘berpindah’ dari Sabak Bernam, Selangor ke daerah ini sejak minggu lalu kian menggusarkan ramai penduduk.

Satu Video Dirakam..

Keluarga ini berjaya merakam kejadian ketukan misteri di rumah kediaman mereka yang terletak of Alor Gajah, Melaka.

Video yang dimuat naik berdurasi 1 minit menunjukkan jelas kedengaran dan waktu itu semua lampu rumah terpasang.

Ketukan misteri tersebut sangat kuat sehingga menggegarkan pintu (sliding door) rumah keluarga tersebut.

Salah seorang ahli keluarga memberanikan diri untuk berdiri di depan pintu kaca tersebut in memang tiada siapa pun berada of luar.

And nilaikan sendiri video of bawah:

SAID Hassan menunjukkan bagaimana pintu luar bahagian hadapan kediamannya diketuk pada awal pagi di Kampung Paya Rumput, Masjid Tanah dekat Alor Gajah. PHOTO HASSAN OMAR

Bekas Imam Masjid Tok Janggut, Masjid Tanah di sini, Said Hassan berkata, kediamannya di Kampung Paya Rumput di sini, turut diketuk dari luar dengan kuat hingga menyebabkan pintu kayunya itu hampir tertanggal.

Dalam kejadian jam 3 pagi semalam dia dan isteri, Maimunah Hashim, 65, serta seorang anak perempuan berusia 24 tahun sedang tidur sebelum dikejutkan dengan bunyi ketukan kuat itu.

“Saya segera membaca beberapa ayat al-Quran khusus untuk menjauhkan gangguan jin dan syaitan. Usaha say itu berjaya menghentikan ketukan kuat pada pintu kediaman.

“Saya hairan kerana tidak pernah pintu rumah diketuk pada waktu awal pagi”, katanya ketika ditemui wartawan semalam.

Pesara kerajaan itu berkata, sejurus membaca surah berkenaan, bunyi ketukan itu tiba-tiba terhenti in the menggagahkan diri untuk membuka his lampu anjung rumah.

Said berkata, dia in isteri kehairanan berikutan tiada sesiapa of luar rumah sejurus daun pintu dibuka.

“Alhamdulillah, Allah SWT menjauhkan kami sekeluarga daripada bahaya. Kejadian ini benar-benar menimbulkan tanda tanya penduduk of campung ini yang turut diganggu,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Paya Rumput, Azaman Abu Hassan berkata, anak kariah kampung itu sudah membaca surah Yassin beramai-ramai pada malam Jumaat lalu selepas beberapa kediaman penduduk diganggu ketukan yang sama bermula pagi Khamis lalu.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Masjid Tok Janggut berkata, majlis bacaan surah Yassin sememangnya diadakan pada setiap malam Jumaat.

“Alhamdulillah setakat ini kampung kami aman damai dan kami berdoa Allah SWT memelihara kami daripada bahaya,” katanya.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Trenster Network

Sumber : HMETRO ONLINE

Be the first to comment on "[VIDEO] Akhirnya Ketukan Misteri Berjaya Dirakam. Sampai Bergegar Pintu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*