Buntu Nak Makan Apa Ketika ‘Dating’? Ini 5 Cadangan Yang Mampu Membantu

Apabila keluar untuk satu janji temu atau dating bersama pasangan atau seseorang yang baru dikenali, pastinya ramai akan terfikir tentang lokasi restoran atau kafe untuk duduk makan dan berbual bersama.

Pilihan makanan biasanya akan dibuat mengikut keselesaan, ada yang lebih gemar menikmati hidangan ringkas dan ringan kerana mahu kelihatan sopan dan lebih kepada duduk berbual, ada juga yang memilih hidangan berat yang pasti mengenyangkan.

Di sini, Gempak senaraikan lima jenis makanan yang sesuai dipesan ketika anda keluar dating!

Makanan Jepun

Makanan di restoran Jepun terutamanya Sushi boleh jadi pilihan kerana ia lebih ringan dan senang di makan. Ramai pasangan, terutamanya wanita lebih mahu kelihatan sopan dan tidak gelojoh ketika keluar dating, lebih-lebih lagi jika itu pertemuan pertama!

Salad

Salad sayuran bersama hirisan ayam atau daging juga sesuai di makan ketika ber-dating, hidangan sebegini juga ringan. Anda boleh lebih menumpukan perhatian untuk berbual-bual bersama di dia!

Pasta

Untuk hidangan yang lebih mengenyangkan, anda boleh memesan pasta untuk dinikmati bersama. Makanan Itali ini sememangnya enak dan mengenyangkan, namun mungkin ada wanita yang kurang gemar menikmatinya ketika dating kerana ia mudah ‘merosakkan’ gincu yang dipakai.

Steak

Ya! Buat penggemar steak, anda boleh menikmati hidangan ini ketika keluar dating. Hidangan sebegini mudah dimakan, tidak terlalu berat tetapi mengenyangkan.

Hidangan Minum Petang

Hidangan minum petang seperti set pilihan scones, kek dan manisan lain disulami secangkir teh juga sesuai menjadi pilihan ketika keluar dating! Anda boleh berbual-bual sambil menikmati keenakan manisan yang dipesan. Pergi sahaja ke restoran, pusat beli belah atau hotel kegemaran anda dan nikmati waktu minum petang bersama pasangan anda di sana!

Demikianlah lima pilihan makanan yang sesuai dipesan ketika keluar dating cadangan Gempak. Walaubagaimanapun, ia semua bergantung kepada selera dan pilihan masing-masing.

Kredit Foto : Depositphotos, Unsplash & All-free-download.com

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Trenster Network

Sumber :Gempak

Be the first to comment on "Buntu Nak Makan Apa Ketika ‘Dating’? Ini 5 Cadangan Yang Mampu Membantu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*