Sam4n atau tak, tunggu…

KUALA LUMPUR: “Saya kini dalam peringkat perbincangan bersama peguam sama ada meneruskan sam4n atau sebaliknya. Itu sahaja yang boleh saya cakap, tak boleh komen banyak mengenai isu ini,” demikian komen Ahli Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Datuk Seri Eizlan Yusof berhubung tindakan saman terhadap bekas Pengerusi FINAS, Datuk Hans Isaac ekoran d4kwaan penyalahgunaan kuasa.

Enggan mengulas lanjut, Eizlan berkata, kes berkenaan sudah diserahkan kepada peguam.

“Sam4n atau tidak, kita tunggulah. Apa yang diharapkan, semuanya dapat diselesaikan secepat mungkin.

“Apa yang berlaku menjadi pengajaran kepada penggiat seni. Jangan sewenang-wenangnya menyebarkan kenyataan yang tidak sahih dan berunsur fitn4h yang boleh menjatuhkan reputasi orang lain,” katanya kepada BH Online.

Datuk Hans Isaac sudah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Datuk Seri Eizlan Yusof berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa. - Foto IG Hans Isaac
Datuk Hans Isaac sudah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Datuk Seri Eizlan Yusof berhubung d4kwaan penyalahgunaan kuasa. – Foto IG Hans Isaac

Sebelum ini, Eizlan dilaporkan mengambil tindakan undang-undang ke atas Hans yang did4kwa menyebarkan berita p4lsu berhubung penyalahgunaan kuasa membabitkan syarikat produksi, Excellent Pictures Sdn Bhd yang dikatakan menerima geran Dana Kandungan Digital (DKD) daripada FINAS.

Tudvhan dibuat melalui aplikasi WhatsApp Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) yang mempunyai lebih 200 ahli dalam kumpulan itu pada 16 November lalu.

Menerusi peguam cara, Tetuan Shaharudinali Azfarazmi & Co, Eizlan menghantar surat sam4n terhadap Hans kerana kesal atas kenyataan yang did4kwa memfitn4h dan memalukan dirinya pada 18 November lalu.

Hans membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Eizlan susulan tuduhan tidak berasas yang dibuat, keesokannya.

“Untuk makluman, saya menghantar satu mesej dalam kumpulan WhatsApp PFM. Saya merakamkan ucapan tahniah kepada tiga syarikat yang dipilih untuk menerima DKD 2020 daripada FINAS.

“Ini termasuklah syarikat Excellent Pictures. Bagaimanapun, saya mengakui membuat kesilapan dengan mengaitkan Eizlan dan Excellent Pictures.

“Saya dengan rendah hati ingin memohon maaf atas kekhilafan saya,” katanya menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan pada 19 November lalu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Trenster Network

Sumber : BH

Be the first to comment on "Sam4n atau tak, tunggu…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*