[VIDEO] “Mohon doa kalian,” Walau Dalam Pendemik, Heliza Helmi Ke Syria Lagi Untuk…

Selebriti popular Heliza Helmi sekali lagi menyertai misi kemanusiaan ke Syria bagi menyalurkan bantuan kemanusian untuk pelarian musim sejuk di sana.

Difahamkan, Heliza bersama adiknya, Hazwani Helmi serta sukarelawan lain berangkat menaiki kapal terbang semalam.

Menerusi perkongsian di laman Instagram, Heliza berkongsi video semasa berada di lapangan terbang.

“Sanah Helwah buat Banglong yang paling sempoi , paling cool , paling pemurah , paling encem , paling kurus , paling kurang makan , paling muda , semualah paling ahhahahaha

“Dah macam abang sebenar dah, kami syukur sangat Allah kurniakan banglong dalam keluarga The Helmis

“Maaf tak sempat celebrate bersama . Jazakillahu khair juga buat kaklong siap buat khas roti dan kek buat kami dan tim.

“Moga ALLAH lapangkan rejeki kaklong dan banglong dan diberikan kesihatan dan kebaikan dunia akhirat dan anak anak soleh solehah wa musleh muslehah. Aamiiin,”

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by 🎯H E L I Z A H E L M I 🎯 (@nurhelizahelmi)

“Panggilan dariNya, dari ummah untuk ummah. Mohon doa kalian.

“Kalian jom bersama kami. Sama sama kita bantu mereka yang dalam kesejukan ketika ini.

“Membawa amanah sumbangan kalian. Doakan kami semua,” katanya.
Heliza berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by 🎯H E L I Z A H E L M I 🎯 (@nurhelizahelmi)

“Membawa amanah sumbangan kalian. Doakan kami semua ..”

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by 🎯H E L I Z A H E L M I 🎯 (@nurhelizahelmi)

Heliza bersama Tim RescueSyria MAPIM Malaysia kini sudah berada di Syria dan sempadan Turki keluar masuk menguruskan amanah dan bantuan secara terus.

Antara sumbangan dan bantuan yang disalurkan adalah seperti selimut, membina rumah, ub4t-ub4tan, makanan, alat pemanas dan pendidikan.

Sumbangan itu disampaikan dari kutipan yang diinfaqkan oleh orang ramai sebelum ini.

Heliza mula aktif menyertai misi kemanusiaan sejak tahun 2010 iaitu di Kemboja dan seterusnya ke Gaza pada tahun 2012 serta bebepa misi lain sehingga kini.

Sebelum ini, Heliza bersama kumpulan misi kemanusiaan telah mengibarkan Jalur Gemilang di bumi Syria.

Heliza membawa bersama adiknya Hazwani Helmi yang masih lagi belajar.

Malah Heliza turut merakamkan ucapan khas buat rakyat Malaysia.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by 🎯H E L I Z A H E L M I 🎯 (@nurhelizahelmi)

“Ya Allah, menitis air mata melihat hasil sumbangan kalian dapat menyelamatkan nyawa keluarga kita di Syria dengan izin ALLAH! Syukur Alhamdulillah,”

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Trenster Network

Sumber : Yoy Network

Be the first to comment on "[VIDEO] “Mohon doa kalian,” Walau Dalam Pendemik, Heliza Helmi Ke Syria Lagi Untuk…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*