Didakwa kontak rapat Alif, Tapi Jihan tetap teruskan tugas. Ini penjelasan dia

PENGACARA terkenal, Jihan Muse tampil membuat penjelasan menerusi Instagramnya selepas didakwa menjadi kontak rapat kepada bintang serba boleh, Alif Satar, Jumaat lalu.

Bagaimanapun ujar Jihan, program Xtravaganza With Xpander yang disiarkan menerusi platform media sosial Jumaat lalu telah menjalani rakaman dua minggu lebih awal.

“Kepada yang bertanya, saya akan buat penjelasan mengenai Alif Satar. Dengan keadaan Alif sekarang dan kebetulan program Mitsubishi Xpander yang tayang Jumaat lalu, program itu merupakan rakaman yang telah dirakam dua minggu lepas.

“Sebaik mengetahui, saya sudah menghubungi pengurus Alif dan pihak berkenaan, saya difahamkan bukan dalam lingkungan waktu dikaitkan,” jelasnya.

Tambah Jihan, dia akan tetap menjalankan ujian Covid-19 esok dan mendoakan rakannya itu cepat sembuh.

“Kita doakan Alif dan semua cepat sihat. Walau macam mana pun saya akan jalankan tanggungjawab dengan membuat ujian saringan.

“Malam ini kerja (mengacarakan program Gegar Vaganza 7) diteruskan. Saya akan jaga SOP (prosedur operasi standard) semaksimum mungkin.

“Orang disekeliling saya pun memakai penutup muka dan sarung tangan. Doa yang baik-baik, semoga semua berjalan lancar,” ujarnya.

Berikut reaksi dari netizan

“Malam ini kerja (mengacarakan program Gegar Vaganza 7) diteruskan. Saya akan jaga SOP (prosedur operasi standard) semaksimum mungkin.”

Betul tu..kene teruskan juga..kami dahagakan hiburan dikala wabak seperti ini..lagi pon ismail sabri kata acaran hiburan ikut sop”

Dalam pada itu Sistem Televisyen Malaysia Berhad (STMB) mengumumkan seorang artis yang menyertai Separuh Akhir Muzik Muzik (SFMM) Ke-35, yang berlangsung sejak kelmarin, dij4ngkiti COVID-19 berdasarkan maklumat Kementerian Kesihatan.

STMB dalam kenyataan menyebut, artis terbabit sedang menjalani rawatan di sebuah hospital kerajaan.

Menurut kenyataan itu, artis terbabit menjalani ujian saringan COVID-19 selepas mengetahui kontak rapat yang ditemuinya, Selasa lalu, didapati positif wabak itu, semalam.

Artis terbabit menjalani ujian mandatori C0VID-19 yang dikendalikan KKM semalam dan disahkan positif, hari ini.

“STMB sedang bekerjasama rapat dengan KKM dan artis berkenaan untuk mendapatkan maklumat terperinci pergerakan beliau bagi mengurangkan risik0 kebarangjangkitan kepada warga kerja dan semua yang terbabit dalam program SFMM35.

“Pada masa sama, kerja sanitasi di lokasi acara, Sri Pentas 2 juga dilaksanakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) KKM,” kata kenyataan itu.

Sehubungan itu, STMB memutuskan siaran langsung pentas akhir SFMM35 yang dijadualkan malam ini, ditunda kepada tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

“STMB sentiasa mengutamakan kesihatan kakitangan dan pelanggannya serta sentiasa akur dengan setiap SOP ditetapkan KKM dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Kakitangan yang terbabit dalam produksi sudah memulakan kuarantin dan bekerja secara virtual di rumah masing-masing bermula hari ini.

“Kakitangan STMB yang juga kontak rapat dengan artis terbabit turut menjalani ujian calitan COVID-19,” katanya

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Trenster Network

Sumber : trendingsangat.pw

Be the first to comment on "Didakwa kontak rapat Alif, Tapi Jihan tetap teruskan tugas. Ini penjelasan dia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*