Misteri ketukan pintu terus h4ntui penduduk Sabak Bernam. Sekali 10 Anggota RSCJ datang check, ini yg berlaku

SABAK BERNAM – Misteri bunyi ketukan pintu rumah terus mengh4ntui penduduk di Sabak Bernam semalam.

Seorang suri rumah, Noraidayawati Mohd Tahar, 47, berkata, g4ngguan bunyi ketukan pintu didengarinya terlalu k-uat di belakang rumah berhampirannya kira-kira jam 9 malam tadi.

Menurutnya, dia bersama suaminya, Rahim Amat, 53, dan tiga anaknya mendengar dengan jelas bunyi k3tukan yang berterusan dianggarkan selama 10 minit.

“Kami sekeluarga s3ram hendak mengintai di tingkap, lebih-lebih lagi kejadian ini tular sejak kelmarin,” katanya kepada Sinar Harian di sini hari ini.

Noraidayawati berkata, dia pada mulanya menyangka hanya mereka sekeluarga yang mendengar bunyi mist3ri itu, sebelum jirannya menghantar WhatsApp memaklumkan perkara sama.

“Jiran beritahu dia juga ada terdengar bunyi k3tukan pintu rumah sangat kuat di rumah jiran dan bertanya dengan pemilik rumah terbabit tentang g4ngguan tersebut.

“Bagaimanapun, pemilik rumah memaklumkan dia tidak mendengar apa-apa bunyi p-elik.

“Sehingga kini, kami masih hairan dengan punca mist3ri bunyi ketukan kuat tersebut,” katanya.

10 Anggota RSCJ Datang, Gang4uan H1lang

Sementara itu, Setiausaha Taman Air Manis, Zulkifli Ijoh berkata, pihaknya yang membuat pemantauan menerusi Rondaan Sukarela Cegah J3nayah (RSCJ) di taman itu mengakui menerima aduan terbabit.

Beliau berkata, seramai 10 anggotanya yang tiba di rumah terbabit mendapati bunyi g4ngguan itu sudah tidak kedengaran.

“Apabila ditanya penghuni rumah terbabit mereka mendakwa tidak mendengar apa-apa bunyi ketukan, sebaliknya hanya penduduk sekeliling yang mendakwa terdengar bunyi ketukan kuat itu.

“Sehingga kini kami telah menerima lima aduan penduduk berhubung gangguan bunyi misteri itu sejak kelmarin dan antara langkah yang telah diambil ialah dengan meningkatkan rondaan cegah jenayah pada setiap malam sehingga awal pagi,” katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Batu 37 Darat, Muhammad Nazri Saiman berkata, tiada lagi aduan penduduk di kampung itu yang mengadu terdengar bunyi ketukan pintu tanpa salam.

Bagaimanapun katanya, pihaknya akan meneruskan rondaan malam berikutan masih terdapat beberapa kampung berhampiran masih dig4nggu bunyi mist-eri itu.

“Saya difahamkan bunyi g4ngguan di kampung lain masih ada, tetapi tidaklah set3ruk semasa kejadian hari pertama dan kedua kelmarin,” katanya.

Sejurus kejadian tersebut, dia memuatnaik satu status di ruangan Whatsapp story. Lebih memeranjatkan lagi, beberapa penduduk kampung yang mengenalinya turut menceritakan perkara yang sama.

BERJAYA RAKAM VIDEO POCONG

Seorang individu berjaya merakamakan kelibat entiti yang dipercayai sebagai pocong di Sabak Bernam, Selangor.

Pocong berjaya dirakam di tepi tingkap rumah sabak bernam

Ketika kejadian ini penduduk Sabak Bernam telah dihantui dengan ketukan misteri. Rata rata percaya pocong yang ketuk pintu rumah mereka.

Video Penuh:

Adik Beradik Juga Diganggu

Seorang penduduk, Nor Azuwa Shaaban, 31, berkata, bunyi misteri sama turut dialami dua adiknya, Nur Farzana, 22, dan Nurul Farisya, 17, yang menetap di Kampung Batu 38.

Katanya, kejadian kira-kira jam 10 malam kelmarin itu dialami selepas Nur Farzana menyelesaikan tugasan kerja di beranda sebelum masuk ke dalam rumah.

“Nur Farzana yang masuk ke rumah terdengar bunyi pintu depan diketuk dan kebetulan seorang lagi adik saya (Nurul Farisya) yang sedang duduk di sofa turut mendengar bunyi sama.

“Semasa kejadian mereka berdua tidak berani membuka pintu dan pada keesokannya kecoh di dalam WhatsApp dan Facebook mengenai penduduk diganggu dengan bunyi ketukan tanpa salam itu,” katanya.

Bagi Nor Zaihana Yaakob, 38, pula mengakui kejadian seram itu turut dialami ketika dia bersama dua anak dan ibunya berada di rumah mereka di Kampung Tengah.

Nor Zaihana memberitahu, kejadian kira-kira jam 11.40 malam itu berlaku semasa dia sedang menidurkan bayinya berusia empat bulan.

“Mulanya saya ingatkan dua anak saudara pulang dari kerja, namun sangkaan meleset apabila saya menjenguk di tingkap mendapati tiada sesiapa di luar rumah.

“Seram jugalah dengan peristiwa ini, lebih-lebih lagi suami tiada di rumah kerana bekerja malam,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Batu 37 Darat, Muhammad Nazri Saiman berkata, pihaknya ada menerima banyak aduan berhubung perkara itu.

Malah, katanya, dia sendiri turut diganggu bunyi ketukan pintu itu semasa berada di rumahnya pada jam 11 malam kelmarin.

“Boleh dikatakan hampir separuh penduduk kampung ini mengadu kejadian sama dan saya menasihatkan mereka supaya berhati-hati dan tidak membuka pintu jika terdengar bunyi meragukan,” katanya.

Beliau berkata, penduduk dinasihatkan menghubungi polis atau pihaknya selain jiran terdekat sekiranya ternampak sesiapa yang mencurigakan.

“Kami telah mengambil tindakan antaranya melakukan rondaan membabitkan sukarelawan MPKK bermula jam 10 malam hingga 3 pagi di sekitar kampung ini,” katanya.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Trenster Network

Sumber : Siakap Keli / Sinar Harian

Be the first to comment on "Misteri ketukan pintu terus h4ntui penduduk Sabak Bernam. Sekali 10 Anggota RSCJ datang check, ini yg berlaku"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*