Lelaki Ini Punyai 38 Isteri 89 Anak Dan 33 Cucu

Siapa kata kahwin ramai tak bahagia, p0rak peranda rumah tangga? Lelaki ini buktikan semua itu tidak benar kerana beliau mengahwini lebih daripada seorang wanita. Ziona Chana yang berasal dari perkampungan Baktwang di Mizoram, India mempunyai 38 isteri, 89 anak dan 33 cucu

sekaligus menjadikannya ketua keluarga paling besar di dunia! Menurut Chana, 72 tahun, beliau sering berpegang dengan kata-kata ini,” Aku seperti anak Tuhan yang istimewa. dia mengamanahkanku begitu banyak orang untuk dijaga/dipelihara”.

Chana bersama keluarga besarnya itu tinggal bersama di rumah mereka setinggi 4 tingkat. Bagi memastikan kesemua kerja rumah berjalan lancar, isteri pertamanya Zathiangi dilantik sebagai pengelola. Setiap hari Zathiangi akan membahagikan tugas mengemas rumah seperti mencuci baju, membersihkan kawasan dalam dan luar rumah serta menyiapkan makanan kepada m4du-m4dunya. M4du-m4dunya akan membahagikan pula kerja di antara anak dan cucu masing-masing.

Bangunan 4 tingkat yang menjadi kediaman keluarga besar Chana. Huntharnghanki, isteri Chana menafikan bahawa keluarga besar mereka itu porak peranda dan tidak bahagia. Sebaliknya, beliau menegaskan bahawa seluruh ahli keluarga itu hidup saling menghormati,

menyayangi antara satu sama lain dan aman damai tanpa pertengk4ran. Isteri Chana, Rinkmini berusia 35 tahun memberitahu bagaimana suaminya itu berjaya memikat hati dan mengahwini sebegitu ramai isteri adalah kerana Chana merupakan lelaki paling tampan di kampung mereka.

Beliau yang menjadi isteri Chana ketika usianya 18 tahun sebelumnya mendapat surat daripada suaminya yang menyatakan hasrat untuk berkahwin. Bagi memastikan kesemua isterinya mendapat nafkah batin, menurut Chana beliau mempunyai sistem rotasi untuk tidur bersama mereka untuk memastikan ianya adil dan saksama. Isteri paling muda mendapat bilik tidur paling dekat dengan bilik Chana.

Bahagian juadah pula, menurut Chana setiap kali waktu makan malam keluarga itu memerlukan 30 ekor ayam, 60 kilogram kentang dan hampir 100 kilogram beras. Meskipun menyedari bahawa kos untuk menampung perbelanjaan harian keluarganya itu tinggi, Chana masih menyuarakan hasrat untuk berkahwin lagi jika bertemu dengan wanita yang sesuai. (WHAT?)

Macam mana dia ingat nama isteri, anak dan cucu semua?

Tak ingat nama, umur anak

Mohd bersama Zainab, kesemua anak-anak mereka dan dua menantu ketika berkumpul pada majlis perkahwinan salah seorang anak mereka. PASIR PUTEH – Tidak mustahil apabila bapa tidak mengingati nama dan usia anak-anak dengan tepat sekiranya diminta menyatakannya dalam

waktu singkat. Itulah yang dialami Mohd Yasid, 55, bapa kepada 16 anak hasil perkongsian hidup dengan Zainab Yaacob, 53, sejak 36 tahun lalu. Mohd yang hanya bekerja kampung dengan pendapatan tidak menentu berkata, sembilan daripada anak-anaknya masih belajar dan tujuh lagi

sudah berumah tangga. Katanya, pelajaran anak-anak tetap diberi perhatian khususnya dalam menyediakan perbelanjaan yang diperlukan. “Walau susah macam mana sekalipun, saya tetap berikhtiar agar anak-anak dapat belajar dengan baik, baik di sekolah rendah,

menengah ataupun peringkat universiti. “Anak-anak sekolah rendah dan menengah pun saya kena sediakan sekurang-kurannya RM30 sehari, tak kira lagi yang mengaji di universiti dan pondok pengajian agama,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Gong Manak, Semerak, dekat sini.

Anak-anaknya yang masih dalam tanggungannya adalah Siti Aishah Izwani, 9, Nur Farisha, 12, Nur Idayu Nasuha, 13, Nurul Wahida, 15, Ahmad Zikri, 17, Nur Ain, 18, dan Nur Shahira Akma, 21. Sementara anak-anak yang sudah berumah tangga adalah Ahmad Hakimi, 23, Siti Syuhada, 25,

Ahmad Izhan, 26, Nur Hafiza, 27, Ahmad Shahir, 28, Nur Hashimah, 29, Elina, 31, Helmiza, 34, dan Lizawai, 35. Mohd berkata, rumahnya agak riuh rendah apabila kesemua anak-anak dan 10 cucunya berkumpul terutamanya pada musim cuti perayaan.

“Nak panggil yang lain tapi sebut nama lain tu perkara biasa yang berlaku, anak-anak pun dan biasa dengan keadaan itu. “Tapi isteri saya boleh ingat semuanya, bukan setakat umur, tarikh hari lahir pun dia ingat. “Saya bersyukur kerana dikurniakan anak yang ramai, ALLAH SWT beri rezeki kepada kita ni dalam pelbagai cara,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Trenster Network

Sumber : Lobak Merah

Be the first to comment on "Lelaki Ini Punyai 38 Isteri 89 Anak Dan 33 Cucu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*