Dibanjiri Mesej Rakyat Sabah

Pengacara sensasi, Azwan Ali, 54, mendedahkan dia kini banyak menerima Direct Message (DM) di Instagram (IG) daripada orang ramai terutama di Sabah yang meminta bantuan keperluan barangan makanan kerana terjejas pendapatan akibat Covi1d-19.

Azwan, bagaimanapun berkata dia bukan tidak mahu membantu, tetapi lokasi mereka yang memerlukan itu sangat jauh. Tambahan pula, sekarang ini kerajaan masih melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Jujur diakui, saya ingin membantu kerana sangat bersimpati dan prihatin dengan nasib kebanyakan orang yang terjejas pendapatan disebabkan Covi1d-19 ini. Namun, lokasi tempat tinggal mereka seperti di Sabah itu terlalu jauh.

“Saya pula kalau nak beri bantuan pada orang suka menyerahkan sendiri kepada pihak memerlukan itu dan tidak akan melayan individu-individu yang meminta dikirimkan wang ke akaun mereka.

“Sekarang ini terlalu banyak ‘sc4mmer’. Jadi, saya sangat berhati-hati dan memastikan sedia membantu mereka yang betul-betul perlu pertolongan,” katanya kepada Harian Metro.

Azwan yang kini namanya kembali meledak dan meniti populariti semula berkata dia amat bersyukur dilimpahi rezeki yang tidak diduganya daripada Allah SWT ketika ini selepas muncul mengacarakan program Lagu Cinta Kita musim kedua (LCK2) di TV3.

Ujar penghibur yang cukup dikenali dengan panggilan Diva AA dan tagline ‘See My Level’ ini, selain rezeki melimpah-ruah, dia juga didatangi semula oleh rakan-rakan lamanya yang pernah menjauh suatu ketika dahulu.

“Sekarang ini, apabila nama saya makin disebut-sebut, ramai jugalah rakan lama sejak dari sekolah dan dalam industri dulu sudah menghubungi ucap tahniah. Mereka juga tanya khabar dan kembali ingat pada saya.

“Kalau dulu, saat saya jatuh ramai yang ‘lari’ dan jika berjumpa pun mereka tidak kenal. Bukan saya nak merungut atau tidak menghargai persahabatan, tetapi kenapa perlu membudayakan sanjungan pada seseorang itu dibuat pada ketika dia popular.

“Kenapa dahulu, tidak terus bersama-sama dengannya di saat dia jatuh. Itu yang menjadi persoalan dan saya sebenarnya tidak minta pun dihargai tetapi bersahabatlah dengan ikhlas,” katanya.

Azwan yang berganding dengan Elly Mazlein sebagai pengacara LCK2, cukup gembira apabila dua episod program realiti TV itu berjaya ‘trending’ di media sosial dan mendapat maklum balas positif warganet.

Mengulas perkembangan kerjayanya, Azwan berkata dia akan sibuk sehingga hujung Disember ini kerana selain mengacara, dia juga berlakon beberapa drama seperti Madam e- Wallet, Made dan Shah Alam 40K.

Selepas 20 tahun tidak berlakon, akuinya dia teruja dapat berganding dengan penyanyi paling diminatinya iaitu Ziana Zain yang turut membintangi drama Madam e- Wallet untuk tayangan di TV3 itu.

Tidak terkecuali, Azwan juga mengingatkan peminat untuk mengikutnya di akaun Instagram yang betul iaitu @divaazwanaavazzztersohor1 berikutan ada juga pihak yang sanggup membuat akaun p4lsu di atas namanya.

Sumber : HMETRO ONLINE

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Trenster Network

Sumber :

Be the first to comment on "Dibanjiri Mesej Rakyat Sabah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*