“Pengacara sekarang byk merapu dan suka p0tong…” – Nad Zainal banding Azwan Ali dgn hos lain

KEMUNCULAN Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA sebagai pengacara program Lagu Cinta Kita 2 selama dua episod mendapat pujian penonton.

Malah, pelakon Nad Zainal juga berpendapat Azwan, 54, seorang pengacara TV terbaik yang masih ada dalam industri.

“No doubt, Diva Azwan Ali antara hos TV terbaik yang Malaysia ada. Respect buat senior,” tulisnya menerusi Instastory.

Ya, pengacara sekarang banyak merapu dan suka potong tetamu bercakap.

Azwan turut memuat naik semula perkongsian pelakon drama Hati Yang Tersakiti itu di Instagram miliknya pada Rabu.

Dalam pada itu, Nad turut meninggalkan komen dengan membandingkan pengacara zaman 90an dengan generasi baharu.

“Pengacara sekarang banyak merapu dan suka potong tetamu bercakap… rindu pengacara dan program TV pada tahun 90an.

“Malah pembaca berita… semua nampak classy,” kata Nad.

Nad meninggalkan komen dengan menyuarakan pendapatnya mengenai pengacara masa kini.

Gandingan Azwan dengan pelakon Elly Mazlein sebagai pengacara program yang bersiaran setiap Ahad di TV3 itu mencuri perhatian.

Penampilan berbeza Azwan yang kelihatan kemas dengan berambut pendek dan mengenakan sut menerusi program tersebut juga dipuji netizen.

Menerusi laporan mStar pada 9 November lalu, Azwan berkata dia perlu bersikap profesional dalam melaksanakan tugas sebagai pengacara program televisyen tanpa perlu mengundang kontroversi.

Bagaimanapun Azwan menerusi Instagram mengumumkan dia hanya mengendalikan program realiti tersebut untuk dua episod sahaja.

“Ini Semua Mulut Hangsuang” – Diundang Ke MeleTOP, Diva AA Perjelas Tiada Isu Dengan Nabil

Baru-baru ini nama pengacara dan pelawak, Nabil Ahmad menjadi topik hangat netizen dan peminat dunia hiburan selepas dia dikatakan memerli ‘kehadiran semula’ Azwan Ali atau kini lebih dikenali dengan gelaran Diva AA di dalam dunia pengacaraan.

Meskipun tidak menyebut sebarang nama, Nabil yang menyebut perkataan ‘Selfie Stick’ sewaktu menjadi hos rancangan realiti Gegar Vaganza (GV7) membuatkan orang ramai mengaitkannya dengan Diva AA yang kebetulan sedang mengacarakan satu lagi rancangan berbeza iaitu Lagu Cinta Kita 2.

Isu ini kemudiannya menyebabkan Nabil dikecam hebat netizen di beberapa platform media sosial baik di Facebook hinggalah ke Twitter.

Namun semuanya terungkai malam tadi apabila Diva AA dijemput hadir sebagai tetamu ke program MeleTOP yang turut di hoskan Nabil bersama hos jemputan, Cik Manggis.

Menurut Azwan, dia agak kesal kerana orang ramai seolah cuba melagakan dia dengan Nabil dengan memperbesarkan isu berkenaan.

Jelasnya dia sebenarnya langsung tidak terkesan dengan kenyataan Nabil apatah lagi pelawak tersebut langsung tidak menyebut namanya.

“Ini semua kerja mulut hangsuang”

“Ini semua kerja mulut-mulut hangsuang ni. Aku dengan Nabil tak ada apa-apa pun. Setakat Nabil nak cakap macam tu…kenapa you all perlu nak besar-besarkan isu?

“Knowing Nabil kan…Adoi…lepas tu saya dapat bertalu-talu mesej orang mengadu fasal Nabil. Untuk apa?,” Saya sudah tahu cerita sebenar.

“Jihan sudah jelaskan semuanya kepada saya. Perlu ke kau orang semua tahu? Kau siapa?” Nabil tak sebut pun nama aku, aku nak sam4n pun tak boleh,” katanya.

Pernah ada isu tapi sudah berdamai

Jelas Azwan lagi, dia tidak menafikan sebelum ini pernah mempunyai konflik bersama Nabil suatu masa dahulu namun mereka sudahlama berdamai. Malah menurutnya dia juga sudah mengganggap Nabil seperti adiknya sendiri

“Isu Nabil tak tegur saya ketika kami terserempak tu dah lama dah. Kami dah lama berdamai and we have no issue now…so?

“Podah! Podah! Podah! Setakat kau kecam caci aku, aku dah alami lama dah. Nabil ni adik aku lah! So?,” kata Azwan sambil mengingatkan orang ramai untuk tidak lagi membangkitkan isu ini

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Trenster Network

Sumber : http://trendingsangat.pw/

Be the first to comment on "“Pengacara sekarang byk merapu dan suka p0tong…” – Nad Zainal banding Azwan Ali dgn hos lain"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*