“Bukan macam tu Dato’…” – Ditegur Peminat Cara Promosi YouTube Channel, Ini Respon ‘Comel’ Dr Zulkifli

 

Siapa tak kenal dengan figura hebat Senator Datuk Dr Zulkifli Al-Bakri yang dahulunya Mufti Wilayah Persekutuan dan kini memegang jawatan sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Keperibadiannya yang tenang dan berhikmah sentiasa dipandang tinggi oleh masyarakat. Lebih-lebih lagi apabila beliau sangat aktif di media sosial sehingga membuatkan ramai belia yang tertarik untuk berinteraksi dengan beliau.

Terbaru, beliau telah mencuri tumpuan netizen selepas memberi respon kepada salah seorang pengikutnya di laman Twitter.

“Bukan macam tu Datuk..”

Awalnya @SyedMuzzammil_ mula ‘menegur’ dengan nada bergurau ketika beliau memuat naik video mempromosi saluran YouTube miliknya.

“Bukan macam tu Datuk..macam ini…”

“Hi guys! Welcome to my youtube channel!” cuma bagi salam dulu lah Datuk,”

Kemudian Dr. Zulkifli membalas tweet tersebut dengan menjawab,

“Malu nak cakap macam tu. Hehe.”

 

Perbualan antara mereka berdua ini sudah semestinya mencuit hati netizen. Ada juga nak meninggalkan komen gurauan untuk Dr. Zulkifli.

Sporting kan menteri kita. Haa siapa belum subscribe You Tube Dr. Zulkifli boleh subscribe sekarang. Min tengok memang banyak video-video yang bermanfaat kita boleh tengok.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: LOBAK MERAH

Be the first to comment on "“Bukan macam tu Dato’…” – Ditegur Peminat Cara Promosi YouTube Channel, Ini Respon ‘Comel’ Dr Zulkifli"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*