Selepas Tular ‘Nasi Lemak Janda’, Kini Mucul Pula ‘Nasi Lemak Kena Benti Keje’. Sedih dengar cerita dia

 

PANDEMIK Covid-19 yang meny-erang seluruh dunia sejak hujung tahun lalu memberi impak yang bukan calang-calang.

Paling ketara, sektor ekonomi terj-ejas teruk sehingga menyaksikan banyak syarikat mahupun organisasi terpaksa mengambil langkah memberhentikan pekerja mereka kerana kekangan kewangan yang begitu meruncing.

Kebanyakan yang terkesan dengan langkah mengejut tersebut terpaksa melakukan pelbagai pekerjaan demi kelangsungan hidup, termasuk wanita ini.

Baru baru ini tular di media sosial tentang sebuah gerai Nasi Lemak. Yang uniknya adalah nama gerai tersebut dan tagline gerai itu. Nasi Lemak Janda , “Lain Janda Lain Rasa” sehingga Pemilik gerai Nasi Lemak Janda yang bernama Fara Ain memberitahu dia terima banyak kecaman kerana nama dan tagline untuk gerai nasi lemak beliau.

Mucul Pula ‘Nasi Lemak Kena Benti Keje

Hanya mahu dikenali sebagai Syehinaz, wanita berusia 24 tahun ini mula berjinak-jinak berniaga nasi lemak aneka lauk selepas diberhentikan kerja dari sebuah syarikat pengurup wang pada pertengahan September lalu.

Namun apa yang menjadi perhatian adalah nama gerai nasi lemaknya yang unik sehingga menjadi tular di media sosial.

Berkongsi cerita dengan mStar, Syehinaz berkata nama gerainya, ‘Nasi Lemak Kena Benti Keje’ tercetus secara spontan ketika suaminya berbual-bual dengan rakan-rakan.

“Suami sembang dengan kawan-kawan dia dan dari situ terkeluar nama Nasi Lemak Kena Benti Keje. Masa mula-mula suami usulkan tu, rasa macam lucu tapi mengapa tidak untuk cuba saja.

“Tapi jangan silap faham. Ia bukan bertujuan nak raih simpati atau sebagainya cuma kami guna sebab rasa lucu dan unik. Tahu-tahu viral pula di media sosial.

“Suami yang mula perasan dulu masa dia tengah scroll Facebook, tiba-tiba nampak banner tu macam gerai kami. Mungkin ada yang ambil gambar dan post,” katanya.

Sekarang ni kalau kerja seorang saja memang tak cukup. Jadi saya fikir untuk buka gerai nasi lemak sebab suka bagi orang makan.

Menurut Syehinaz, dia mula berniaga nasi lemak sejak 1 Oktober lalu di Taman Koperasi Cuepacs, Batu 12, Kajang bermula 6 petang hingga 10 malam.

Antara lauk yang menjadi menu utama adalan rendang kerang, rendang daging, sambal udang, ayam berlada dan ayam goreng yang dijual antara RM2 hingga RM6.

“Selepas kena berhenti kerja, terfikir nak buat sesuatu kerana nak bantu ekonomi keluarga. Sekarang ni kalau kerja seorang saja memang tak cukup. Jadi saya fikir untuk buka gerai nasi lemak sebab suka bagi orang makan. Lagipun ia tak ambil masa yang lama,” ujar ibu kepada seorang cahaya mata berusia dua tahun ini.

Antara lauk yang disajikan kepada pelanggan.,Nasi lemak di gerai Syehinaz berharga di antara RM2 hingga RM6.

Bercerita serba sedikit mengenai situasi sukar yang dilaluinya gara-gara diberhentikan kerja, Syehinaz berkata dia reda sungguh pun ia perkara yang amat menyedihkan.

“Empat tahun saya kerja di syarikat pengurup wang di Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Siapa yang tak sedih. Selepas kerajaan benarkan sektor ekonomi kembali beroperasi Mei lepas, syarikat terjejas teruk sebab tak ada pelancong.

“Beberapa bulan datang kerja, tapi seperti tak buat apa-apa sebab tak ada pelancong pun. Saya faham syarikat terpaksa ambil langkah ini akhirnya.

Gerai nasi lemak Syehinaz yang terletak di Taman Koperasi Cuepacs, Kajang.

“Saya sememangnya bersedia dengan apa jua kemungkinan masa itu. Tak sangka sebelum ini tengok orang lain yang kena, tapi kali ini giliran saya pula. Namun saya percaya setiap yang berlaku ada hikmahya. Contohnya, saya dapat luangkan masa dengan anak.

“Bagi mereka yang senasib, usah bimbang. InsyaAllah rezeki ada di mana-mana. Tak perlu nak segan kalau terpaksa cari rezeki dalam bidang lain, yang penting usah putus asa,” ujarnya lagi.

sumber: mstar

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: http://trendingsangat.pw/

Be the first to comment on "Selepas Tular ‘Nasi Lemak Janda’, Kini Mucul Pula ‘Nasi Lemak Kena Benti Keje’. Sedih dengar cerita dia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*