Pakaian Pelakon Drama Tv Cetus Kontroversi. Mujur Ada Yg Perasan

Mohon pihak @tv3malaysia perhalusi pakaian yg dipakai oleh pelakon² dlm drama yg ditayangkan di dalam siaran tv kalian ya

Ambe dpt satu wassup yg meminta ambe respond isu memakai pakaian yg ada lambang agama lain

Terkini dlm sebuah drama bertajuk “Namaku Bedah” yg disiarkan di TV3, Terdapat simbol agama hindu pada pakaian seorang artis kemungkinan besar tersilap dalam memilih pakaian utk digayakan dlm wataknya itu

Kesan dari sudut akidah juga boleh tercetus apabila seseorang memakai sesuatu lambang atau tanda agama lain dgn sengaja

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-80 yang bersidang pada 1 – 3 Februari 2008 telah membincangkan Hukum Menggunakan Barangan Yang Mempunyai Lambang Agama Lain

Muzakarah telah memutuskan bahawa orang Islam adalah DILARANG menggunakan barangan yang mempunyai lambang agama lain seperti salib sekiranya lambang-lambang tersebut dinyatakan secara zahir dan jelas.

Mohon ditekuni teguran ini agar tidak berulang kembali terutamanya pihak produksi drama tersebut

Ambe menegur secara terbuka ini agar masyarakat awam mengetahui hukum memakai sesuatu tanda agama lain adalah HARAM dan tidak dibenarkan

Syed Bakri Al-Yahya

#BiarTahuJanganDokTahu

 

Mohon pihak @tv3malaysia perhalusi pakaian yg dipakai oleh pelakon² dlm drama yg ditayangkan di dalam siaran tv kalian…

Posted by PU Syed on Monday, October 19, 2020

 

Drama ini kembali ditayangkan di TV 3 setiap 6 petang

Sinopsis Drama Nama Ku Bedah

Namaku Bedah ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2017 arahan Shuhaimi Lua Abdullah terbitan Tanah Beris Film Production.Siri ini diadaptasi dari novel dengan tajuk sama karya Mohd Sharemy Ikmal terbitan PTS Milenia, dibintangi oleh Aishah Azman sebagai Bedah. Ia mengisahkan tentang Bedah yang ingin menukar namanya tetapi ibunya menentang kerana nama Bedah berasal dari gabungan nama beliau, Zubaidah dan suaminya, Bedul. Drama ini bersiaran di Slot Kelakarama TV9 dari 5 hingga 28 Februari 2017.
Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: http://trendingsangat.pw

Be the first to comment on "Pakaian Pelakon Drama Tv Cetus Kontroversi. Mujur Ada Yg Perasan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*