“Saya Tak B4kar Tudung…Saya Tak Buat IG Live Bercakap Fasal Tu…” – Sarah Hidelbrand

 

Baru-baru ini nama pelakon Sarah Hidelbrand menjadi bualan hangat warganet selepas mengambil keputusan menanggalkan tudung.

Selain memberikan kata-kata nasihat di laman sosial Instagram (IG) pelakon tersebut, ada juga warganet yang mengec4m dan mengaitkan Sarah dengan kontr0versi pelancaran tudung jenama Naelofar di Zouk, Kuala Lumpur.

Tambahan lagi pada waktu sama pemilik jenama Naelofar, Neelofa turut melakukan penghijrahan dengan mengenakan niqab.

Kesempatan tersebut diambil warganet untuk mengungkit tindakan Sarah ketika itu dan mendakwa pelakon berdar4h k4cukan ini membak4r tudung-tudung berjenama Naelofar dan lantang mengkrit1ik Neelofa di ruangan IG Live.

Sarah bagaimanapun telah menafikan perkara tersebut dan meminta warganet menghentikan fitn4h terhadapapnya.

“Hanya dua perkara saya nak jelaskan tentang isu Zouk. Yang pertama, saya tidak bercakap tentangnya di ruangan IG Live dan yang kedua, saya tidak membak4r hijab-hijab tersebut.

“Jangan memfitn4h, terima kasih” katanya.

Selain itu Sarah turut memohon agar nama suaminya Otto Gillen tidak dikaitkan dengan keputusannya membuka tudung.

“Satu lagi, tolong berhenti menyalahkan Otto Gillen, itu juga fitn4h!,” katanya menerusi ruangan IG Stories semalam (Sabtu).

Dalam pada itu diruangan komen IG Stories, Sarah turut berkongsi kata-kata positif dan semangat daripada para peminat yang turut mendoakan dirinya.

Tiga hari lalu, ramai yang terkejut apabila pelakon dan pengacara Sarah Hildebrand atau nama sebenarnya Nur Sarah Marie Hildebrand binti Asyraf Hildebrand berkongsi sekeping gambar dirinya dan suami tanpa mengenakan hijab di IG.

Sarah yang mula bertudung sepenuhnya sejak penghujung tahun 2015 lalu itu juga, seolah-olah mahu peminat menerima keputusan tersebut dengan hati terbuka.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber : GEMPAK

Be the first to comment on "“Saya Tak B4kar Tudung…Saya Tak Buat IG Live Bercakap Fasal Tu…” – Sarah Hidelbrand"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*