Ini Sebab Sebenar Mengapa Tun M Bina Pejabat PM di Putrajaya mengadap Masjid

 

PUSAT pentadbiran persekutuan Malaysia, Putrajaya, boleh dikatakan sebagai salah sebuah bandar paling cantik di dunia.

Berkonsepkan ‘bandar pintar dalam taman’, lokasi bertaraf dunia ini dibina untuk menjadi kawasan paling diimpikan di Malaysia yang memaparkan kecanggihan bangunan kerajaan, pejabat, kompleks komersial dan perumahan moden yang dikelilingi taman dan tasik serba indah.

Sebagai sebuah projek pembangunan yang menjadi penanda aras, pemajunya Putrajaya Holdings Sdn Bhd (PJH) bekerja keras untuk merealisasikan apa yang telah dirangka.

Ditubuhkan pada 1995, PJH mempunyai satu misi iaitu untuk mereka, melaksana dan membangunkan pelan strategik 20 tahun Putrajaya.

Sewaktu Tun Dr Mahathir menjadi perdana menteri keempat, beliau berusaha untuk mewujudkan bandar pentadbiran kerajaan persekutuan bagi menangani masalah kesesakan pembangunan bandar di Kuala Lumpur.

Tun Dr Mahathir bina Putrajaya sebagai model bandaraya strategik Islam pertama dunia.

Fakta yang kita perlu tahu.

1. Tun M bina Putrajaya guna konsep Rasulullah berhijrah ke Madinah.

2. Bangunan pertama dibina di Madinah dalam peristiwa Hijrah Rasulullah ialah masjid, begitu juga di Putrajaya.

3. Bandaraya pertama tanpa kuil dan gereja.

4. Pejabat PM mengadap masjid utk mengingatkan PM mestilah seorang Islam dan segala keputusan perlu memohon petunjuk dari Allah SWT

5. Istana Keadilan menghadap masjid besi juga untuk mengingatkan hakim mestilah adil kerana Islam itu adil.


By John Pejuang

“Putrajaya tidak dibangunkan seperti dirancang”-Tun M

Tun Dr Mahathir Mohamad kecewa apabila Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan tidak dibangunkan mengikut apa yang dirancangkan beliau sebelum ini.

Dalam temubual bersama Wall Street Journal (WSJ), Dr Mahathir berkata, Putrajaya mempunyai terlalu banyak bangunan tinggi dan penduduknya dilihat lebih suka memandu berbanding berjalan di sepanjang jalan utama yang luas.

“Saya mahu membina sebuah boulevard seperti Champs-Élysées di Paris, dengan jalan raya dan banyak kedai,” katanya dipetik dalam temu bual itu, merujuk kepada Persiaran Perdana di sini.

Jalan raya sejauh tiga kilometer yang dipanggil ‘The Boulevard’ oleh penduduk di sini, melalui bangunan pentadbiran di Presint 2 hingga 4, dengan Dataran Putra yang menempatkan Pejabat Perdana Menteri di satu hujung dan Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di hujung yang lain.

“Orang ramai akan pergi berjalan-jalan dan menikmati kopi di kafe dan semua itu tetapi penjawat awam, mereka mahu menjadi eksklusif, mereka tidak mahu sesiapa di sana.

“Saya beritahu mereka jika anda berbuat demikian, maka seluruh bandar mati dan ia menjadi bahaya,” katanya.

Dr Mahathir juga mengadu mengenai pemandangan menara setinggi 564 kaki (171.9 meter) dari pejabatnya.

“Kenapa mereka mahu membina bangunan tinggi ini? Ia merosakkan segala-galanya,” katanya.

Bangunan yang dirujuknya itu adalah bangunan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat setinggi 39 tingkat terletak di hujung jalan raya, bersama-sama dengan bangunan tinggi lain seperti Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Selepas Dr Mahathir berundur (sebagai Perdana Menteri keempat), banyak idea beliau dibatalkan oleh penggantinya, Tun Abdullah Ahmad Badawi, termasuk sistem pengangkutan monorel di pusat pentadbiran ini, yang kini hanya tinggal terowong yang tidak disiapkan dan jambatan yang tidak dihubungkan merentasi tasik buatan manusia.

Jambatan itu digambarkan Dr Mahathir sebagai ‘satu-satunya jambatan tergantung yang tertangguh di dunia’.

Laporan WSJ turut melabelkan Putrajaya sebagai ‘cultural backwater’ (pusat kebudayaan yang tak berkembang) dengan pelancong bingung dengan kekurangan lokasi kedai makan yang ditawarkan, sementara rancangan untuk membuka francais Hard Rock Cafe yang disokong oleh Dr Mahathir, dibatalkan oleh pelabur.

Namun, difahamkan dengan kembalinya Dr Mahathir menerajui kerajaan, kebangkitan Putrajaya kembali di landasan, ditambah pula dengan kehadiran pelancong yang semakin meningkat sejak Pakatan Harapan yang diketuai beliau memenangi pilihan raya lalu.

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan itu juga menjadi pilihan bagi acara sambutan kemerdekaan tahun ini berbanding Kuala Lumpur.

Pejuang cadang Dr M jadi PM sementara tunggu PRU15

Dalam perkembangan politik terkini, Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) hari ini telah mencalonkan pengerusi mereka Dr Mahathir Mohamad untuk perdana menteri kali ketiga sehingga PRU15.

Menurut parti serpihan Bersatu itu, ia adalah untuk menyelamatkan negara sementara menunggu pilihan raya akan datang, kata setiausaha politik Mahathir Abu Bakar Yahya.

“Kami ahli jawatan kuasa penaja parti Pejuang telah pun memutuskan dengan sebulat suara bahawa Tun M sebagai calon perdana menteri bagi menggantikan perdana menteri yang ada sementara menunggu pilihan raya umum ke-15 jika negara mahu diselamatkan,” kata Abu Bakar dalam hantaran Facebook.

Tambahnya, keputusan tersebut turut dipersetujui anak Mahathir, Mukhriz yang juga presiden parti Pejuang.

Untuk rekod, parti Pejuang masih menunggu pendaftaran daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

Kenyataan itu hadir ketika politik negara terus dalam keadaan tidak menentu, dengan presiden PKR Anwar Ibrahim mendakwa mempunyai sokongan ahli parlimen yang cukup untuk membentuk kerajaan.
Lima Ahli Parlimen Pejuang termasuk Mahathir telah mengemukakan usul tidak percaya terhadap Muhyiddin sebelum ini.

Pejuang kini tidak menyertai mana-mana sekutu tetapi ada spekulasi yang belum disahkan bahawa Mahathir mungkin akan bekerjasama dengan bekas pesaingnya, veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah.

Mahathir kembali memegang jawatan perdana menteri pada 2018, sebelum mengundurkan diri pada Februari setelah Muhyiddin Yassin mengumum Bersatu keluar daripada Pakatan Harapan.

Tawarannya untuk dilantik kembali sebagai ketua kerajaan perpaduan gagal, begitu juga usaha untuk meyakinkan PKR dan Anwar untuk menyokongnya untuk sementara waktu sebagai perdana menteri sehingga November.
Mahathir kemudian menyokong presiden Warisan Shafie Apdal sebagai perdana menteri, tetapi rancangan tersebut turut tidak membawa sebarang hasil.

Ketika Mahathir mencadangkan agar satu kerajaan perpaduan dibentuk tanpa mengambil kira parti, hampir kesemua parti politik ketika itu menolaknya kerana mereka menganggap beliau mahu berkuasa penuh untuk melantik sesiapa yang beliau kehendaki tanpa mengambil kira parti-parti yang ada.
(APA YG BERLAKU KINI BEREBUT2 NK BUAT UNITY GOVERNMENT)

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: http://trendingsangat.pw

Be the first to comment on "Ini Sebab Sebenar Mengapa Tun M Bina Pejabat PM di Putrajaya mengadap Masjid"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*