Aku Kena Betulkn Keadaan Dan Ambil Tindakan. Korang Ni Naik Lemak. Ingat Diri Tu Tuhan Ke? – Zulin Aziz

 

Cerita tentang Mcau Scam menggunakan artis bagi tujuan ‘mencuci duit’ hangat diperkatakan.

Malah ada pihak telah mengaitkan dengan beberapa artis tanpa usul periksa sehingga menjejaskan nama baik artis atau selebriti berkenaan.

Terkini, pelakon dan pengacara Zulin Aziz ber4ng apabila terdapat pihak mengaitkan namanya dengan beberapa saspek sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes Mcau Scam.

Zulin berkata, tidak wajar namanya terpalit sama dalam menjalankan aktiviti tidak bermor4l itu sedangkan dakwanya dia hanya menjalinkan hubungan sebagai rakan dan tidak lebih daripada itu dengan mereka.

” Bod#h manalah yang fiitnah tak habis-habis ni. Aku dah rimas dengan komen tak habis-habis pasal scammer (peniipu). Apa kena mengena dengan aku?

” Kalau aku kenal pun jadi apa isunya dengan masalah dia? Aku takde buat perniagaan mahupun kaitan dengan gejala sosial yang lain. Aku pergi rumah masak-masak, main dengan anak-anak dia.

” Apa kena mengena aku pulak yang korang (kalian) hebohkan? Aku sampai sekarang hidup makan gaji, apa yang bsuk hati sangat ni?” katanya di media sosial.

Terdahulu, imej Zulin dirakam bersama saspek tular hingga namanya dikaitkan bersubahat dengan saspek-saspek Mcau Scam.

Pemilik nama sebenar Farah Azleenda Abdul Aziz itu juga menjelaskan adalah tidak wajar namanya mendapat tempias hanya disebabkan dia berkawan dengan beberapa saspek terbabit.

” Kalau mak cik tangkap gambar dengan mak cik jual nasi lemak pun korang tularkan mak cik tu ke? Mak cik tu penipu ke? Pakailah otak. Kita kawan dengan semua orang.

” Kalau kawan kita kena tangkap hisap ddah, kita pun kena tangkap hisap ddah ke? Lainlah aku sahabat sehidup sem4ti, duduk serumah ke apa.

” Ni nak jadi saksi pun tak layak sebab aku bukan selalu…. Aku kenal je. B4ngkai betul perangai. Haih,” katanya.

Menurut Zulin, 29, kes terbabit masih dalam siasatan, justeru netizen tidak harus cepat menjatuhkan hukum.

” Tak tahu betul atau tak, dah jatuh hukvm sendiri. Kalau fiitnah macam mana? Kalau betul kita doakan semoga mereka dihvkum. Kalau tak benar, siapa fiitnah tu sendiri mahu ingat.

” Sebarkan benda yang sahih dan bukti selepas daripada siasatan, bukan siasatan tengah dijalankan, semua dok buat pandai. Apa ke bod#hnya korang, tak ada kerja ke?” katanya.

Dia juga menegaskan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan sewajarnya sekiranya pihak yang memfiitnah tidak tampil dan membetulkan keadaan.

” Tolong tag mana satu yang fiitnah tu. Aku kena betulkan keadaan dan ambil tindakan. Korang ni naik lemak. Ingat diri tu Tuhan ke?

” Esok lusa kena fiitnah, kena kat ahli keluarga kena batang hidung baru tahu. Ya Allah, kau makbulkan doa orang yang teraniaya ni. Amin Ya Rabb,” katanya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: https://www.asiakini.com/

Be the first to comment on "Aku Kena Betulkn Keadaan Dan Ambil Tindakan. Korang Ni Naik Lemak. Ingat Diri Tu Tuhan Ke? – Zulin Aziz"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*