Boleh Menulis Guna 2 Tangan Serentak, Gadis Ini Miliki Bakat Luarbiasa!

 

Sejak dari kecil lagi kita diajar untuk menulis, membaca dan sebagainya sebagai salah satu cara untuk memperoleh ilmu. Ada orang sememangnya dilahirkan dapat menulis dengan menggunakan tangan kanan dan ada juga yang boleh guna tangan kiri.

Seseorang yang boleh menulis dengan menggunakan tangan kiri digelar kidal dan ianya satu kelebihan yang tidak ramai miliki. Itu cerita mengenai seorang kidal. Namun bagi seorang gadis berusia 16 tahun ini, lain pula kisahnya. Bagi Aadi Swaroopa, gadis dari India ini mampu menulis guna 2 tangan serentak. Wow, bukan calang-calang bakat gadis ini!

Bukan itu sahaja, Aadi Swaroopa juga mampu menulis guna 2 tangan serentak dalam bahasa asing. Remaja ini dilaporkan boleh menulis 40 hingga 45 perkataan bahasa Inggeris dengan cara tersebut dalam masa satu minit.

Selain dari kebolehan luar biasanya itu, gadis ini juga boleh menulis perkataan bahasa Inggeris menggunakan sebelah tangan dan sebelah tangan lagi dalam bahsa India Selatan. Lebih mengagumkan apabila Aadi Swaroopa juga mampu melakukannya dengan mata ditutup!

Lain macam ya bakat yang ada pada gadis ini! Malah bakatnya itu juga telah mendapat penghargaan dari Lata Foundation dalam kategori rekod dunia eksklusif. Memetik laporan India Times, Aadi memiliki bakat unik ini sejak dari kecil lagi. Menurut ibunya, Sumangla Sumadkar, anak remajanya itu dikesan boleh menulis dengan baik menggunakan kedua tangannya sejak berusia dua tahun lagi.

 

 

Malah anaknya itu juga boleh menulis dengan 10 cara berbeza menggunakan kedua-dua tanganya. Turut dilaporkan gadis ini mampu untuk mempertingkatkan lagi kebolehannya untuk menulis 55 hingga 60 patah perkataan dalam seminit.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: HCL

Be the first to comment on "Boleh Menulis Guna 2 Tangan Serentak, Gadis Ini Miliki Bakat Luarbiasa!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*