Wanita Buat Laporan Polis Selepas Dihlna Eira Azira, Peguam Hantar Tuntutan Slvil!

 

Wanita dikenali sebagai Suharnizan Md Sidek yang fizikalnya dihlna (body shaming) oleh personaliti media sosial (influencer) Eira Azira membuat laporan polis.

Suharnizan yang juga Pesuruhjaya Sumpah mend4kwa personaliti itu mengeluarkan kata-kata kes4t termasuk memaparkan gambarnya berserta anaknya tanpa pengetahuan dan kebenaran pihaknya selepas dia menlnggalkan komen di ruangan komen personaliti terbabit di media sosial.

Katanya, inslden yang berlaku pada 18 Ogos lalu, kira-kira jam 10 pagi, dipercayai bermula apabila dia menulis komen ‘live masak, live makan-makan, letak produk kurus, boleh kurus ke?’ menerusi video secara ‘live’ yang dikongsikan rakannya di laman terbabit.

“Selepas komen itu, saya menyambung kerja pejabat saya dan tidak mengikuti video berkenaan. Kemudiannya, saya dimaklumkan rakan bahawa dalam video itu diri saya ditularkan.

“Apabila saya menyemak dan meneliti, saya mendapati individu berkenaan dengan sengaja melakukan perkara itu tanpa kebenaran mahupun pengetahuan saya.

“Saya tidak mengambil apa-apa tindakan ketika itu dan mengharapkan perkara ini tamat dengan sendirinya.

“Namun, pada 14 September (semalam), saya dimaklumkan terdapat satu paparan video yang dimuat naik dan dikongsikan di media sosial oleh pentadbir laman FB yang menggunakan nama ‘Makcik Bawang Channel’ dan ‘Makcik Kiah Channel’ dengan kandungan video selama lapan minit memaparkan antara lain menghlna rupa fizikal saya sehingga tular mencapai ribuan pautan serta komen,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan, pada petang Selasa.

Suharnizan berkata, selain paparan tular sehingga ke YouTube, dia mend4kwa terdapat juga pihak tidak dikenali cuba mengambil kesempatan dengan mewujudkan FB dan ‘Page’ palsu atas namanya.

“Saya mengalami tekanan, trauma, menerima mesej peribadi tanpa henti, selain kemurungan dan gangguan emosi termasuk di tempat kerja.

“Saya kemudiannya mendapatkan nasihat peguam yang menyarankan tuntutan slvil dibuat terhadap individu itu,” katanya.

Dalam pada itu, peguamnya, Mohd Rasheed Hassan, berkata pihaknya sudah menghantar notis tuntutan sivil kepada personaliti itu, yang mana merangkumi permohonan maaf secara terbuka dan membayar kos pampasan serta ganti rugi dalam tempoh 14 hari.

Katanya, pihaknya meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi menyiasat kerana ‘body shaming’ boleh did4kwa mengikut Seksyen 233 (1)(b) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Jika sabit kesalahan, pelaku boleh dihvkum penj4ra tidak melebihi satu tahun, denda tidak lebih RM50,000 atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Sumber/Foto: BH Online

Artikel berkaitan: 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber:GEMPAK

Be the first to comment on "Wanita Buat Laporan Polis Selepas Dihlna Eira Azira, Peguam Hantar Tuntutan Slvil!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*