GAMBAR Muka Syafiq Farhain bengk@k bukan kerana diseng@t tebuan tapi.

PERKONGSIAN foto terbaharu penyanyi Syafiq Farhain di laman Instagram yang memperlihatkan wajahnya dalam keadaan bengk4k menarik perhatian umum.

Menurut Syafiq atau nama sebenarnya Nursyafiq Farhain A.M Salim, 26, ramai rakan yang bimbang dengan keadaannya dan menyangka dia digigit tebuan.

Bagaimanapun, Syafiq menjelaskan ia disebabkan kesan daripada rawatan tanam rambut yang dilakukan beberapa hari lalu.

Syafiq muat naik foto wajahnya dalam keadaan bengk4k tarik perhatian umum.

“Selepas saya muat naik foto tersebut, ramai yang hubungi dan mesej tanya keadaan saya. Ada yang ingat saya kena gigit tebuan dan ada juga yang kata saya buat suntikan vitamin pada wajah.

“Sebenarnya muka saya jadi bengk4k sebabkan kesan suntikan bius sebelum proses tanam rambut. Mula-mula saya risau juga bila muka jadi bengk4k tapi doktor kata memang normal bengk4k beberapa hari.

“Saya memang ada masalah rambut dan setiap rambut mesti akan alami keguguran yang sangat teruk. Jadi, saya ambil langkah awal untuk lakukan proses tanam rambut,” kata Syafiq kepada mStar.

Lagipun, rawatan ini tidak har@m dan tidak melanggar hukum Islam pun.

SYAFIQ FARHAIN

PENYANYI

Selain Syafiq, beberapa selebriti tempatan juga melakukan rawatan menanam rambut antaranya Aliff Aziz, Sharnaaz, PU Riz, Riz Amin, Datuk Seri Aliff Syukri dan Zoey Rahman.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Sayang Maafkan Aku ini memberitahu dia menyimpan hasrat untuk melakukan rawatan tersebut sejak tahun lalu namun tidak mempunyai masa yang sesuai.

Syafiq berkata apa yang dilakukannya itu tidak melanggar hukum Islam dan dia sanggup berhabis duit demi menjaga penampilannya.

Syafiq sanggup berhabis duit demi penampilan.

“Perancangan untuk tanam rambut ini sejak tahun lalu lagi tapi tak ada masa yang sesuai. Kebetulan sekarang ada masa terluang dan tiada acara hiburan yang perlu saya hadiri, jadi saya ambil keputusan untuk lakukan sekarang.

“Bagi saya, penampilan sangat penting dan tambahan pula, aset lelaki adalah rambut. Saya perlu berhadapan dengan orang ramai dan rambut ini memberi satu keyakinan.

“Jadi, apa salahnya saya berkorban sikit keluarkan duit untuk rambut. Lagipun, rawatan ini tidak haram dan tidak melanggar hukum Islam pun. Mungkin imej terbaharu saya ini juga untuk video muzik saya akan datang,” ujarnya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber : GEMPAK

Be the first to comment on "GAMBAR Muka Syafiq Farhain bengk@k bukan kerana diseng@t tebuan tapi."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*