Ismail Sabri Beri Satu Berita Baik Bagi Yang Dah Kena Sam4n Sebab Tak Pakai Mask

Polis akan membatalkan sam4n yang dikeluarkan kepada individu yang didapati melakukan kesalahan kerana tidak memakai pelitup mula ketika berada di dalam kenderaan persendirian.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan bahawa keputusan tersebut diputuskan selepas berbincang dengan pihak poIis serta pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Saya dah berbincang dengan pihak polis dengan pihak kementerian kesihatan, pihak poIis akan membatalkan sam4n-sam4n tersebut.

“Kalau mereka dah pun membayar kepada kementerian kesihatan, mereka boleh menuntut semula bayaran tersebut kepada kementerian kesihatan”, ujarnya.

Orang ramai desak definisi tempat sesak dan tempat awam dijelaskan bagi elak kekeliruan.

Bermula 1 Ogos (semalam), topeng penutup muka wajib dipakai di kawasan sesak dan pengangkutan awam bagi mengelakkan bertambahnya kluster-kluster j4ngkitan COVID-19 yang baharu.

Perintah yang dijalankan sejajar dengan nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ini menyebabkan orang ramai mendesak agar definisi tempat sesak dan tempat awam dijelaskan supaya tidak wujud sebarang kekeliruan yang boleh menyebabkan mereka didenda RM1,000 di bawah Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988).

Menurut Menteri Kanan (kluster Keselamtan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pemakaian penutup muka atau topeng muka diwajibkan di kawasan tumpuan ramai dan sesak seperti pasar, pasar tani dan pasar raya selain daripada stesen pengangkutan awam seperti LRT, MRT dan bas.

Dengan arahan tersebut, orang ramai boleh menggunakan topeng muka jenis fabrik yang dijahit sendiri namun spesifikasinya harus mengikut kepada spesifikasi yang ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye mencadangkan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) agar mengeluarkan satu garis panduan yang jelas seperti definisi tempat awam dan tempat sesak bagi memudahkan undang-undang ini difahami masyarakat seterusnya diikuti tanpa melanggar arahan.

“Contohnya, ketika dua orang berada di dalam kenderaan dan di jalan raya, adakah mereka berdua harus memakai pelitup muka kerana kenderaan mereka berada di kawasan awam.”

Ini kerana ada orang awam yang merngut dend4 tersebut adalah agak mahal dan tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan. Membawa kesulitan kepada mereka yang kurang berkemampuan, ada yang mempersoalkan sama ada topeng muka menjadi punca sebenar wabak p4ndemik ini menuIar semula di Malaysia pada ketika ini yang sebenarnya berpunca daripada pes4kit impot yang degil.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: My Metro

Be the first to comment on "Ismail Sabri Beri Satu Berita Baik Bagi Yang Dah Kena Sam4n Sebab Tak Pakai Mask"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*