Teman Lelaki Kagum Cara Alya Tangani K0ntroversi, “Dia Percaya Kalau Benar Tak Perlu Takut ..”

Teman lelaki pelakon baharu Alya Iman iaitu Ridhwan Rosli akui turut sama terkena tempias dengan k0ntroversi yang meIanda kekasih hatinya.

Ketika dihubungi Gempak, Ridhwan menyatakan ada menerima komen-komen negatif namun dia tenang menghadapi.

“Sejujurnya ada. Saya ada terima komen dalam bentuk sind1ran dan ada yang hantar kiriman mesej secara peribadi yang negat1f. 

“Tetapi alhamdulillah mereka yang mengenali saya positif lebih-lebih lagi mereka yang dah bertemu Alya secara peribadi. Saya percaya ini adalah adat perkara yang tuIar,” katanya.

Dalam pada itu, ayah kepada dua orang cahaya mata ini kagum dengan sikap positif yang ada dalam diri Alya kerana dia yakin berada di pihak yang benar.

“Dia seorang yang positif. Alhamdulillah. Dia tak nak letakkan akaun dalam mod privasi mahupun padam komen di Instagram (IG) kerana dia percaya kalau benar tak perlu takut. 

“Tetapi semestinya kadang-kadang dia sedih terutamanya ada orang terdekat yang memanipuIasikan keadaan. Dia sibukkan diri dengan bekerja dan selalu mengatakan bahawa semua yang terjadi ada hikmahnya.

“Dia kata mungkin ini adalah rahmat baginya untuk menjadi orang yang lebih baik. Dan saya selalu mengingatkannya bahawa masa lalu adalah masa lalu,” katanya lagi.

Terdahulu, Alya mendakwa dirinya sudah mengikat taIi pertunangan dengan seorang ahli perniagaan berstatus suami orang.

Alya mengeluarkan kenyataan itu selepas isteri individu tersebut membongkar hubungan suIit suaminya dengan Alya.

Walaubagaimanapun, seorang individu yang mengakui sebagai kakak Alya memaklumkan bahawa segala kenyataan yang dikeluarkan Alya mengenai berita pertunangannya tidak benar.

Satu persatu gaya hidup mewah Alya yang baru berusia 19 tahun itu turut menjadi pertikaian warganet.

Terbaru, Alya akui dia sudah bertemu pengganti dengan duda anak dua.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: Gempak

Be the first to comment on "Teman Lelaki Kagum Cara Alya Tangani K0ntroversi, “Dia Percaya Kalau Benar Tak Perlu Takut ..”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*