“Sedih Tiada Lagi Makan Bersama Tapi Tak Mengapa…” – Sugu Pavithra Buat Comeback, Ini Reaksi Netizen

Selepas menyepi daripada sebarang kandungan di saluran YouTube rasminya, pasangan YouTuber sensasi ‘Sugu Pavithra’ yang kembali memuat naik video masakan.

Video tersebut dimuat naik malam tadi dan sehingga artikel ini ditulis ia telah ditonton sebanyak 176,000 kali.

Menerusi video berkenaan, Pavithra seperti biasa mengajar penonton memasak menggunakan resipi terbaru dan kali ini dia menyediakan juadah dalca tulang kambing.

Malah, menjelang Aidiladha pada Jumaat ini, mereka bercadang untuk memasak rendang ayam kerana ia antara menu wajib ketika perayaan berkenaan.

Menerusi ruang komen di YouTube tersebut, rata-ratanya telah memberi kata semangat kepada Pavithra untuk memperbanyakan video.

Namun, tidak kurang juga yang kecew4 apabila tiada lagi babak makan bersama di akhir video.

“Selamat kembali sister, abaikan komen yang negatif” kata seorang pengguna YouTube.

“Setiap orang ada kekurangannya, tak mengapa teruskan ke depan dan move on! Sedih tiada lagi babak makan bersama seperti video sebelumnya,” kata seorang lagi pengguna YouTube.

Anda boleh lihat antara komen menarik di bawah.

Untuk makluman, pasangan tersebut bertindak memadam semua 98 klip di saluran YouTube mereka yang dikuat naik sejak Januari, Sabtu lepas.

Tindakan tersebut dilakukan selepas M. Sugu did4kwa di Mahk4mah Sesyen atas d4kwaan memiliki senj4ta berb4haya dan menyebabkan keceder4an ke atas isterinya menggunakan telefon bimbit serta hulu s4bit, 21 Julai lepas, namun Pavithra mengakui telah memaafkan perbuatan suaminya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: Gempak

Be the first to comment on "“Sedih Tiada Lagi Makan Bersama Tapi Tak Mengapa…” – Sugu Pavithra Buat Comeback, Ini Reaksi Netizen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*