“Berh3nti Sal4hkan Lelaki Atau……..” – Syafie Naswip

BOSAN dengan isu rgol yang menjadi topik perbualan dalam kalangan netizen, pelakon Syafie Naswip meminta orang ramai berhenti berbal4h mengenai hal itu.

Syafie menerusi laman sosialnya pada Khamis berpendapat, punca terjadinya perbuatan terkutvk itu bukan daripada lelaki atau wanita sebaliknya kekurangan didikan yang diterima seseorang.

“Berhenti salahkan gender, ini bukan sebab lelaki atau perempuan. Itu pilihan masing-masing dan cara didikan macam mana.

Syafie memuat naik status tersebut di Instastory.

“Apabila beri ceramah, teguran, nasihat, video komen atau sebagainya, jangan cakap atau tulis lelaki semua perangai macam ****. Perempuan semua perangai macam ****. Jangan begitu,” kata Syafie.

Gunakan akal dan tujuan itu ke arah kasih sayang, jangan gunakan insta dan ruangan itu sebagai baja kebe3ncian.

SYAFIE NASWIP

PELAKON

Sebelum ini, penyanyi rap Caprice berdebat dengan Fynn Jamal yang mengaitkan aplikasi filter di laman sosial  menerusi siaran langsung Instagram (IG Live).

Caprice juga keliru dengan kenyataan Fynn yang mengatakan punca berlaku disebabkan wanita menggunakan ‘filter’ di laman sosial secara berlebihan.

Selain Caprice, pelakon Wardina meminta Fynn untuk memohon maaf kepada semua orang 

Caprice berdebat dengan Fynn 

Dalam pada itu, Syafie menasihati netizen agar menggunakan platform laman sosial secara matang dan bukan menjadikan ruangan komen sebagai tempat melepaskan kebe3ncian.

“Gunakan akal dan tujuan itu ke arah kasih sayang, jangan gunakan insta dan ruangan itu sebagai baja kebe3ncian. Kalau kau nak be3nci lelaki atau perempuan, then kau seorang saja.

“Jangan tanamkan pada anak bangsa lain. Ingat bukan salah jantina. Aku okey saja cuma lama-lama dengar jadi muak,” ujarnya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "“Berh3nti Sal4hkan Lelaki Atau……..” – Syafie Naswip"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*