PU Rahmat sind1r lelaki bertopi, Caprice pula terasa p4nas!! “Orang b0doh saja akan cari saya dan……..”

TINDAKAN Pencetus Ummah (PU) Rahmat memuat naik karikatur berhubung gambaran situasi kaedah mendapat ilmu agama pada masa ini men1mbulkan pertik4ian dalam kalangan netizen.

Karikatur itu jelas menunjukkan bahawa masyarakat lebih suka mendapatkan rujukan berkaitan agama kepada selebriti media sosial berbanding golongan agamawan.

Perkara itu men1mbulkan rasa kur4ng senang penyanyi rap Caprice apabila dia dikaitkan sebagai selebriti media sosial dalam karikatur berkenaan berdasarkan cara pemakaiannya yang sering mengenakan topi.

Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli berkongsi semula paparan skrin foto tersebut di Instagram dan meminta penjelasan daripada PU Rahmat berkaitan perkara itu.

Caprice turut memuat naik aplikasi yang dicipta untuk memudahkan orang ramai cari ustaz.

“PU Rahmat, anda rasa dengan berkongsi foto ini adalah kel4kar? Ramai orang tag dan DM saya gambar ini.

“Mamat yang pakai hoodie dan topi itu Caprice ke? Nak tanya, sejak bila orang tanya saya soalan tentang agama?

“Orang bod0h saja akan cari saya dan tanya soalan-soalan tentang agama, ” tulis Caprice.

Dalam pada itu menurut Caprice, sungguhpun tiada kel4yakan dalam bidang agama namun dia menggunakan ilmu untuk membangunkan aplikasi yang memudahkan orang ramai mendapatkan penjelasan berhubung Islam.

“Maaf saya tak cukup ilmu tapi anda tahu tak, siapa bina aplikasi untuk beri orang lagi senang cari ustaz?

“Siapa bina mengaji.com untuk orang belajar mengaji dan ikut ustaz? Siapa bina IslamPro untuk kita book dan cari ustaz untuk belajar mengaji, ceramah, berub4t secara Islam atau kauns3ling Islamik?

“Mamat yang pakai hoodie itu. Kita dah lama bina dan berjuang untuk anak muda kita cari ilmu dan ustaz. #Rapatkansaf2040,” katanya.

Tak apa, kalau kurang ilmu agama, saya sendiri akan cari guru-guru yang lagi pakar.

CAPRICE

PENYANYI RAP

Caprice sebelum ini dikenali tentang perkongsiannya berkaitan isu semasa menerusi video yang dimuat naik di Instagram.

Pada Ahad lalu, sesi IG Live Caprice bersama penyanyi Fynn Jamal yang berd3bat mengenai isu jen4yah r0gol juga mendapat perhatian netizen.

Caprice sebelum ini dikenali tentang perkongsiannya berkaitan isu semasa menerusi video yang dimuat naik di Instagram.

Video d3bat antara Caprice dan Fynn mendapat perhatian netizen.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Bal ini memberitahu dia akan mencari guru yang lebih pakar sekiranya ingin mengetahui lanjut mengenai agama.

“Tak apa, kalau saya kurang ilmu agama, saya sendiri akan cari guru-guru yang lagi pakar. Anda dari dulu but*** dengan saya sebab saya tak pernah cari anda kut?

“Kalau bu** hurt sangat saya nak pesan sapu minyak cap kapak dekat bVntut sambil zikir InsyaAllah anda tidur dengan tenang.

“Kalau ada masa PU, boleh tak beritahu kepada umum siapa Influencer Instagram tersebut secara jelas?

“Sebab saya nak jemput dia untuk rapatkansaf balik dengan ustaz dan mufti,” ujarnya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: mStar

 

Be the first to comment on "PU Rahmat sind1r lelaki bertopi, Caprice pula terasa p4nas!! “Orang b0doh saja akan cari saya dan……..”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*